Peristiwa Hari Asyura & Kelebihan Puasa Sunat 10 Muharam Yang Anda Patut Tahu. Penting!
Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam seluruh dunia
'Asyura' berasal daripada perkataan Arab ‘asyara’ yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharam.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Berikut antara peristiwa dalam sejarah Islam yang berlaku pada hari 10 Muharam:
1. Nabi Musa diselamatkan daripada dikejar Firaun
Peristiwa ini berlaku pada 10 Muharam dan ia juga termaktub di dalam kitab Injil. Oleh sebab itulah, orang Yahudi juga melakukan puasa pada 10 Muharam sebagai tanda syukur Nabi Musa dan Bani Israil telah diselamatkan oleh Firaun.
2. Allah menerima taubat Nabi Adam
Nabi Adam melanggar larangan Allah untuk tidak memakan salah satu buah di dalam syurga. Sebagai balasan, Nabi Adam diturunkan ke bumi bersama Siti Hawa.
Nabi Adam amat menyesali perbuatannya dan berdoa. Doanya termaktub di dalam Al-Quran, "Wahai Rabb kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Dan apabila Engkau tidak mengampuni kami, tentunya kami termasuk dari orang-orang yang rugi". Maka pada 10 Muharam, Allah menerima taubat Nabi Adam.
3. Allah selamatkan Nabi Yunus daripada perut ikan
Allah telah menghukum Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Selama 40 hari Nabi Yunus terperangkap di dalam perut ikan tersebut.
Doa taubat Nabi Yunus terakam di dalam Al-Quran ketika berada di dalam perut ikan Nun "Tiada Tuhan melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada teraniaya, tolonglah daku! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang zalim". Maka pada tanggal 10 Muharam, Nabi Yunus dibebaskan dari kegelapan perut ikan Nun.
Umat Islam digalakkan berpuasa sunat pada hari Asyura
Menurut sumber, walaupun berpuasa pada sepanjang bulan Muharam adalah digalakkan, akan tetapi terdapat nas khusus yang menceritakan berkenaan kelebihan berpuasa pada 10 Muharam iaitu hari Asyura.
Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa puasa pada hari Asyura adalah diperintahkan kepada umat Muhammad SAW dan hukumnya adalah sunat.
Begitupun, umat Islam diperintahkan untuk berpuasa sunat pada hari sebelum atau selepas 10 Muharam
Walaupun kita digalakkan untuk berpuasa pada 10 Muharam, akan tetapi kita juga turut diperintahkan untuk mengikutinya dengan berpuasa pada hari sebelum ataupun hari selepasnya.
Ini adalah bertujuan untuk membezakan golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharam secara tunggal. Hal ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.
Demikian juga sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas R.anhuma, sabda Nabi SAW:
Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke 9 (Muharam).
Kesimpulannya, umat Islam disunatkan untuk berpuasa pada 9 Muharam atau pada 11 Muharam berserta dengan puasa hari Asyura dengan tujuan untuk membezakan dengan puasa golongan Yahudi.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua. Selamat berpuasa!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!