seismik

Dr Noor Hisham Diumum Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H. Tahniah Tan Sri!

Congratulations to our national hero! You deserved it.

Cover image via RTM & Harian Metro

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H

Menurut laporan, Syeikhul Azhar Al-Syarif, Sheikh Prof Dr Ahmad Tayyib pula diumumkan Tokoh Antarabangsa Maal Hijrah 1442H.

Pengumuman itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M di Masjid Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Menerusi penganugerahan itu, tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dan Antarabangsa menerima pingat serta sijil penghargaan Kerajaan Malaysia

Image via RTM

Hadiah kepada tokoh terbabit disampaikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.Hadir sama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr Zulkifli berkata, pemilihan kedua-dua tokoh itu dibuat atas sumbangan besar mereka dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional dan global yang diiktiraf pelbagai pihak di peringkat tempatan serta antarabangsa.

Tema sambutan kali ini ialah 'Ummah Rabbani Negara Harmoni' iaitu menguruskan penghijrahan yang berlaku dalam masyarakat memerlukan kepada kekuatan modal insan, ilmu dan pengetahuan serta kecekapan pengurusan.

Kami di SAYS Seismik mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam 1442H.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada kedua-dua tokoh Maal Hijrah pada tahun ini!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel mengenai Maal Hijrah hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: