"Perkataan 'Crispy' Itu Tidak Tepat" - Juri MasterChef UK Akui Kesilapan & Beri Penjelasan
"Crispy was the wrong word."
Nama Gregg Wallace menjadi bahan bualan orang ramai sejak beberapa hari lalu apabila mencetuskan kontroversi 'rendang ayam crispy' dalam rancangan MasterChef UK
Panel juri, Gregg Wallace dan John Torode menerima kritikan berat di media sosial setelah menyingkirkan seorang peserta dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin yang memasak hidangan rendang ayam, dengan Gregg mengatakan ayamnya tidak 'rangup'.
Kenyataan tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya rakyat Malaysia, malah turut menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
Ouch!
Terbaru, Gregg Wallace dan John Torode muncul dalam rancangan Good Morning Britain untuk berikan penjelasan sebenar berkenaan komen mereka terhadap hidangan Zaleha
Bercakap kepada rancangan itu, Gregg berkata:
"Saya tidak bermaksud ia harus digoreng, seperti ayam goreng. Apa yang saya maksudkan ialah hidangan itu tidak cukup masak. Ia tidak dimasak dengan betul. Isinya putih dan lembab.
"Dia (Zaleha) tersingkir bukan kerana kulit ayamnya tidak rangup. Dia tersingkir kerana tukang masak lain lebih bagus. Tukang masak yang terbaik pastinya akan melangkah ke hadapan."
"Rangup adalah perkataan yang salah, tetapi kulit itu tidak cukup masak"
Dengarkan penjelasan penuh mereka di bawah:
Juri sudah pun bersuara dan beri penjelasan. Sekurang-kurangnya, dapat juga kita tidur nyenyak sedikit malam ini, kan?
Selamat malam semua. Mimpi indah. :D