seismik

MasterChef UK Dakwa Panel Juri Tidak Cadangkan Ayam Rendang Sepatutnya 'Crispy'

Kenyataan telah dikeluarkan oleh Telegraph.

Cover image via Telegraph

MasterChef UK telah mengeluarkan satu kenyataan yang menafikan bahawa juri Gregg Wallace mencadangkan hidangan rendang ayam sepatutnya rangup

Image via BBC

Panel juri, Gregg Wallace dan John Torode menerima kecaman hebat dari netizen di media sosial selepas komen kontroversi mereka terhadap hidangan Zaleha pada peringkat suku akhir, yang akhirnya mengakibatkan peserta kelahiran Kuantan itu tersingkir daripada pertandingan.

"Komen juri kami terhadap hidangan itu adalah relevan"

Gregg Wallace

Image via Hello Magazine

Seorang wakil dari pertandingan itu memberitahu Telegraph bahawa komen Wallace telah disalah tafsir dan dia tidak pun mencadangkan rendang ayam Zaleha sepatutnya mempunyai kulit yang rangup.

"Gregg tidak mencadangkan hidangan itu secara tradisinya mempunyai kulit yang rangup - dia hanya mengatakan bahawa dia tidak dapat menikmati rasa sebenar hidangan seperti yang disajikan.

"MasterChef sentiasa meraikan masakan antarabangsa dan pada kesempatan ini, komen juri kami berkaitan dengan hidangan yang telah dimasak itu adalah relevan," kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa hari selepas topik rendang ayam Zaleha menjadi bualan hangat, yang turut menarik perhatian Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir

Perkara positif yang boleh kita ambil - dua seteru utama dalam arena politik Malaysia turut sekepala dalam hal ini. Maka benarlah, makanan sememangnya menyatukan kita semua.

Nak tahu lebih lanjut tentang isu ini, baca di bawah:

Letak tepi dulu soal rendang ayam, kita belajar cara buat duit pulak. Jom!

You may be interested in: