seismik

Peserta MasterChef UK Dari Malaysia Ini Disingkirkan Atas Alasan Rendang Ayam Tak Rangup

Celah mana pulak Rendang Ayam kena rangupnya?

Cover image via YouTube

Zaliha Kadir Olpin yang merupakan salah seorang peserta MasterChef UK telah disingkirkan dalam siri baru kerana menurut chef, ayam rendang yang dihidangkan tidak rangup

Zaliha Kadir Olpin

Image via New Straits Times

Peserta MasterChef UK 2018 ini berada di Australia pada tahun 2004 ketika beliau mula menonton pertunjukan masakan paling popular ini.

Walau bagaimanapun, bekas akauntan Petronas berusia 48 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang ini tidak mempunyai banyak masa atau peluang untuk menjadikan impiannya sebagai realiti kerana telah berpindah-randah ke enam buah negara selama 18 tahun.

Di dalam tempoh itu, beliau mengasah minatnya untuk memasak masakan tempatan Malaysia tidak kira di mana beliau berada.

Zaleha berjaya memasuki pusingan kalah mati peringkat suku akhir MasterChef UK, dimana para peserta dicabar untuk memasak hidangan yang penting kepada dirinya sendiri.

Beliau memilih untuk memasak Nasi Lemak Ayam Rendang.

Image via YouTube

Ketika pusingan itu, Zaleha memberitahu hakim MasterChef UK yang dikenali sebagai Chef John Torode bahawa beliau memilih untuk membuat nasi lemak kerana hidangan ini merupakan makanan kegemarannya semasa kecil.

"Ia sangat istimewa," katanya kepada Chef John ketika ditanya apa maksud hidangan itu kepadanya.

Walau bagaimanapun, Chef John terus mengkritik bahawa rendang ayam Zaleha harus betul-betul lembut dan hancur.

Image via YouTube

Zaleha kemudiannya disingkirkan daripada pusingan itu selepas keputusan yang dibuat oleh John Torode dan Gregg Wallace.

Mereka berdua dikatakan tidak berpuas hati dengan hidangan ayam rendang tersebut kerana tidak rangup.

John Torode (kiri) dan Gregg Wallace (kanan) yang mengkritik hidangan tersebut dan tidak berpuas hati kerana ayam rendang Zaleha tidak cukup rangup

Image via YouTube

"Kulit ayam tidak rangup, ianya tidak boleh dimakan," ujar Gregg kepada Zaleha ketika beliau menghidangkan nasi lemak dan ayam rendang tersebut kepada para hakim untuk dikomen.

John kemudian memberitahu Zaleha bahawa keputusannya untuk memilih Nasi Lemak Ayam Rendang sebagai hidangan yang bakal dipersembahkan adalah kesilapan yang besar.

Ramai masyarakat yang tidak bersetuju dengan tindakan kedua-dua chef tersebut termasuk chef selebriti no. 1 Malaysia iaitu Chef Wan

Image via mynewshub

Chef Wan tidak bersetuju dengan tindakan mereka menyingkirkan Zaleha dalam pusingan itu kerana baginya hidangan Nasi Lemak Ayam Rendang ini sama sekali berbeza dengan masakan itik atau sebagainya.

"Jelas sekali dia tidak tahu apa yang dikatakannya, kami memasaknya dengan cara rendang Malaysia," katanya, merujuk kepada komen Gregg mengenai kulit ayam Zaleha yang dikatakan tidak rangup.

Walau bagaimanapun, ramai netizen menyokong Zaleha dan berasa bangga dengan pencapaiannya

Tonton klip penuh di bawah:

Apa-apa pun, kami dari Team Seismik mengucapkan tahniah kepada Zaleha kerana telah membawa nama Malaysia ke persada dunia! Salute!

Image via Giphy

Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau komen, boleh tinggalkan di ruangan yang disediakan. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Chef dari Malaysia memang hebat-hebat belaka!

You may be interested in: