Perkhidmatan Bas Causeway Link Singapura-JB Kini Beroperasi Secara Tanpa Tunai

Take note!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Causeway Link

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perkhidmatan bas rentas sempadan Causeway Link dari stesen Newton dan Queen Street di Singapura ke Johor Bahru akan beroperasi sepenuhnya tanpa tunai bermula Khamis

Menerusi sebuah hantaran di Facebook, pengendali perkhidmatan bas itu memaklumkan pembayaran secara tunai tidak lagi diterima di dalam bas.

Walau bagaimanapun, penumpang masih boleh membeli tiket menggunakan wang tunai sebelum menaiki bas.

"Bermula 20 Ogos 2026, pembayaran tunai tidak lagi akan diterima di dalam bas Causeway Link di Newton dan Queen Street.

"Masih memilih untuk membayar secara tunai? Jangan risau! Anda boleh membeli tiket anda sebelum menggunakan perkhidmatan," menurut hantaran itu.

SAYS.com
Image via Causeway Link

Pengguna mempunyai pelbagai pilihan kaedah pembayaran

Menurut Causeway Link, pilihan pembayaran di dalam bas boleh dilakukan melalui Visa dan Mastercard, ManjaLink, aplikasi LUGO serta kad ezlink.

Bagi transaksi tunai, penumpang boleh membeli tiket di kiosk Manjalink di Queen Street atau daripada petugas Causeway Link di Newton.

Menurut laman web rasminya, pembayaran secara tunai tidak lagi diterima di dalam semua perkhidmatan bas rentas sempadan dan bas pengantara Causeway Link bermula 1 Oktober 2026.

Langkah terbaharu ini bertujuan menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih pantas dan lancar untuk penumpang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: