Perodua Umum Turunkan Harga Model Axia Serta-Merta – “Murah & Mampu Milik”

Difahamkan, semua spesifikasi dan standard kualiti Axia adalah kekal tidak berubah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Pandu Laju

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) kini menurunkan harga bagi model Axia berkuat kuasa serta-merta

Menerusi laporan Berita Harian, penurunan harga itu adalah sehingga RM4,700 dan dilaksanakan susulan peningkatan berterusan dalam kecekapan operasi syarikat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata harga baharu itu adalah antara usaha berterusan syarikat bagi mengurangkan tekanan kos yang dihadapi rakyat Malaysia.

"Harga baharu ini adalah antara usaha berterusan kami untuk mengurangkan tekanan kos yang dihadapi rakyat Malaysia.

"Langkah ini juga mencerminkan usaha kami untuk terus menambah baik kecekapan operasi, yang mana sebelum ini telah terbukti menerusi pengurangan kos servis dan pengurangan harga QV-E dan pakej Battery as a Service (BaaS) yang ditawarkan," katanya.

SAYS.com

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad.

Image via Harian Metro

Penurunan harga melibatkan semua varian model

Di Semenanjung Malaysia, harga Axia 1.0G berlaku pengurangan sebanyak RM4,700 kepada RM33,900 berbanding RM38,600 sebelum ini, manakala Axia 1.0X ditawarkan pada harga baharu RM38,500 selepas pengurangan sebanyak RM1,500.

Bagi varian Axia 1.0SE pula, harganya dikurangkan RM1,000 kepada RM43,000, manakala Axia 1.0AV menerima pengurangan RM500 menjadikan harga terkini RM49,000.

Di Sabah dan Sarawak, Axia 1.0G kini dijual pada harga RM35,900 berbanding RM40,600 sebelum ini, manakala Axia 1.0X berharga RM40,500 selepas pengurangan sebanyak RM1,500.

Sementara itu, Axia 1.0SE ditawarkan pada harga RM45,000 selepas dikurangkan RM1,000, manakala Axia 1.0AV kini berharga RM51,000 berikutan pengurangan sebanyak RM500. Semua harga yang diumumkan adalah tidak termasuk kos insurans.

SAYS.com
Image via Pandu Laju

Penjimatan yang diperoleh datang sepenuhnya daripada penambahbaikan proses serta peningkatan kecekapan operasi syarikat

Zainal Abidin berkata, pengurangan harga itu adalah hasil daripada inisiatif penambahbaikan yang dilaksanakan secara berterusan dan mampan, selain kerjasama erat dengan pembekal serta rakan kongsi dalam ekosistem automotif.

Menurutnya, syarikat menghargai sokongan pembekal dan pengedar yang bersama-sama meningkatkan kecekapan kos demi manfaat seluruh ekosistem industri serta pengguna.

"Kami berterima kasih kepada pembekal dan pengedar kami di atas kerjasama dalam menambah baik kecekapan kos untuk manfaat bersama bukan sahaja pemain industri tetapi juga seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Menurut Perodua, sebagai kereta paling mampu milik di Malaysia, Axia terus terbukti sebagai kenderaan yang diyakini rakyat, manakala pelarasan harga itu mengukuhkan komitmen syarikat bagi memastikan model berkenaan dapat dimiliki oleh lebih ramai pelanggan di seluruh negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: