seismik

Persandingan Anak Sultan Brunei Ini Mungkin Yang Paling Mewah Anda Pernah Lihat

Layakkah majlis perkahwinan ini dinobat sebagai paling mewah dalam sejarah peradaban manusia?

Cover image via ibtimes.co.uk

Istiadat perkahwinan putera Sultan Brunei dan isterinya kelihatan tersergam indah dan mungkin yang termahal pernah diadakan di dunia

Ia dihiasi pelamin yang diperbuat daripada emas serta busana pengantin yang juga diselaputi emas serta bertatahkan batu berlian

Kekayaan keluarga diraja Brunei ditonjolkan lagi dengan perhiasan dan persiapan mewah dewan jamuan di istana yang boleh memuatkan sehingga 5,000 tetamu

Majlis perkahwinan Putera Abdul Malik, 31, dan isterinya, Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah Pengiran Haji Bolkiah, 22, ini telah dilangsungkan di Istana Nurul Iman yang terletak di Bandar Sri Begawan, Brunei pada 12 April 2015

Istiadat perkahwinan ini turut dihadiri oleh Sultan-Sultan dari Malaysia dan Gabenor Arab Saudi

Antara yang mendapat perhatian ramai ialah kasut Christian Louboutin bertatahkan batu permata dan kristal Swarovski, serta gelang kaki diperbuat daripada emas tulen yang dipakai oleh Dayangku Raabi’atul

Selain itu, Dayangku Raabi’atul turut mengenakan rantai berlian dengan loket zamrud

Tahniah diucapkan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Permaisuri Saleha atas kurniaan seorang menantu baru dalam keluarga diraja

Image via telegraph.co.uk
Image via mirror.co.uk

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi gambar perkahwinan mewah, KLIK SINI:

You may be interested in: