Persembahan 'Di Matamu' Berjaya Cecah 1 Juta Views Dalam Masa Kurang 16 Jam. Power Pian!

Beginilah kuasa hati apabila dilukai.

Fuuhhh meremang bulu roma lepas tengok Baby Pian atau Sufian Suhaimi mendendangkan lagu 'Di Matamu' di pentas #AJL33 malam tadi

Dengan kesungguhannya menyampaikan lagu tersebut penuh perasaan, diulit dengan bait-bait lirik yang menusuk kalbu, ditambah pula dengan persembahan ala-ala 'Pelamin Anganku Musnah', nyanyian merdu Sufian Suhaimi pada pentas #AJL33 malam tadi berjaya membuat ramai orang menangis tersedu-sedan, baik lelaki mahupun perempuan.

Lebih manis lagi, lagu 'Di Matamu' dendangan Baby Pian ini berjaya merangkul anugerah Persembahan Terbaik mengalahkan 12 finalis lain yang bertanding.

Image via Twitter #AJL33

Persembahan mantap tersebut terus menjadi buah mulut orang ramai di Twitter, masing-masing dapat merasai kesedihan yang terbuku dalam hati Sufian Suhaimi menerusi penyampaiannya

Lebih hebat, dalam masa kurang 16 jam selepas dimuat naik di YouTube TV3MALAYSIA Official, video persembahan Sufian Suhaimi tersebut telah berjaya mencecah 1 juta views. WOW!

Penangan baby Pian pada pentas #AJL33 terlalu hebat sehingga ramai orang masih terbawa-bawa dengan nyanyian syahdunya sehingga ke hari seterusnya.

Malah, video persembahan 'Di Matamu' ini juga jauh mendahului video-video lain dari segi tontonan. Bukan senang nak dapat 1 juta tontonan. Baby Pian memang power!

Jom kita layan lagi dan menangis lagi:

Bukan itu sahaja, klip video 'Di Matamu' juga memecah rekod sebagai klip video paling banyak tontonan apabila berjaya meraih 50 juta views pada dua minggu lepas

Tahniah Sufian Suhaimi. Semoga terus sukses! :D

Go big or go home!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment