"Pertama Di Malaysia" - Pelitup Muka Ini Rupanya Diperbuat Daripada Silikon Gred Makanan
Didatangkan dalam tiga warna iaitu Brilliant Turquoise, Jet Black dan Crystal Clear.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sejak wabak Covid-19 melanda, dianggarkan sejumlah 10 juta pelitup muka sekali guna digunakan dan dibuang setiap hari
Namun, bukan semua pelitup muka dibuang dengan cara yang betul, seterusnya memudaratkan alam sekitar kita khususnya hidupan liar.
Hakikatnya, satu pelitup muka dikatakan dapat melepaskan 173,000 mikrofiber setiap hari, yang bukan sahaja dapat menjejaskan air, kualiti udara dan hidupan liar, tetapi juga memasuki paru-paru dan aliran darah kita dalam jangka panjang.
Menyedari masalah ini semakin parah, AiruFlo tampil dan berazam bagi mendidik rakyat Malaysia tentang pilihan pelitup muka modular yang lebih lestari supaya tidak memburukkan lagi masalah sampah sarap dalam alam sekitar.
Diperbuat daripada silikon gred makanan yang bioserasi dan diluluskan oleh FDA
AiruFlo tidak mengandungi bahan toksik dan boleh dicuci dengan sabun dan air untuk penggunaan semula secara selamat. Bahan silikon yang lembut dan fleksibel memberikan ciri lipatan mudah dan ketahanan terhadap hentaman kuat.
Dengan pembangunan bahan dan modifikasi permukaan berasaskan nanoteknologi, badan silikon pelitup muka AiruFlo bersifat halus dan lut sinar, menjadikannya sangat selesa digunakan.
Selain itu, penapis gred N95 yang dapat diganti semula menawarkan perlindungan daripada 95% zarah dan habuk sehalus 0.3µm. Digandingkan dengan ciri lekatan yang sempurna, ia menawarkan perlindungan penuh terhadap kuman, bakteria, dan pencemaran tanpa memerlukan dua lapisan pelitup muka.
Pelitup muka AiruFlo dilengkapi dengan tali yang dapat diselaraskan. Apabila tidak digunakan, ia dapat dilipat dan digantung secara selamat pada leher pengguna, sekali gus membolehkannya dibawa ke mana-mana secara mudah.
Boleh dicuci dan hanya memerlukan penukaran penapis secara berkala
Dari segi kelestarian, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan pelitup muka pakai buang, seterusnya menggalakkan keberkesanan kos dan perlindungan alam sekitar dalam jangka panjang.
Bagi membangkitkan kesedaran terhadap kelestarian ekologi, pihak syarikat AiruFlo turut menjalankan program kitar semula untuk menggalakkan pengguna mengembalikan pelitup muka AiruFlo yang telah digunakan untuk pemprosesan semula.
Menurut Pengasas Bersama AiruFlo, Vince Koay, pasaran kini penuh dengan pelbagai pelitup muka dengan pelbagai spesifikasi bagi memenuhi kumpulan pengguna yang berbeza-beza.
"Maka, dengan pantasnya kami menyedari keperluan untuk menyatukan semua ciri positif dalam satu pelitup muka. Ramai yang tercari-cari satu pelitup muka yang memenuhi pelbagai kriteria - bergaya, mudah bernafas, lestari dan tidak merosakkan alam sekitar.
"Namun bukannya mudah untuk mendapatkan pelitup muka sedemikian dalam pasaran. Jadi pasukan jurutera industri kami yang inovatif bertekad mencapai matlamat ini menerusi AiruFlo.
"Selain menawarkan perlindungan, ciri lut sinarnya berperanan penting dalam membolehkan pengguna berkomunikasi dengan berkesan menerusi ekspresi muka, khususnya bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran atau memerlukan terapi pertuturan," kongsinya.
Pelitup muka AiruFlo ini didatangkan dalam tiga warna iaitu Brilliant Turquoise, Jet Black dan Crystal Clear
Diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) serta Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), pelitup muka AiruFlo direka bagi memenuhi standard kebersihan dan perlindungan antarabangsa.
Selain itu, AiruFlo memastikan semua laporan dan pensijilan makmal dapat diakses dengan mudah menerusi laman webnya bagi menjamin ketelusan penuh.
Kini anda boleh dapatkan pelitup muka ini menerusi laman web rasmi AiruFlo dan juga di pengedar berdaftar seperti AEON Malaysia, Ascen Plus Pharmacy serta Avrione Asia.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang AiruFlo, layari www.airuflo.com.