Pesara 68 Tahun Dari Kajang Dinobat Sebagai Jutawan Kelima Rizq Plus Bank Rakyat
Difahamkan, Rizq Plus menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM10.8 juta.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pesara berusia 68 tahun dari Kajang, Selangor, Aziz Mohamed, muncul jutawan kelima Bank Rakyat menerusi Cabutan Jutawan Rizq Plus

Menurut laporan Berita Harian, Aziz merupakan antara pemenang yang diraikan pada Majlis Raikan Ganjaran #UntukSemua di Menara Kembar Bank Rakyat.
Akaun Pelaburan-i Rizq Plus kini merekodkan jumlah pelaburan melebihi RM1 bilion dengan lebih 250,000 rakyat Malaysia memilih produk itu sejak diperkenalkan pada 2022.
Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, Rizq Plus menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM10.8 juta.
"Akaun Pelaburan-i Rizq Plus adalah instrumen pelaburan patuh Syariah yang boleh dimulakan dengan serendah RM100, sekali gus membantu pelanggan membentuk tabiat kewangan yang lebih sihat.
"Sejak produk itu diperkenalkan pada 2022, seramai lima jutawan telah dilahirkan. Peluang masih terbuka untuk Cabutan Jutawan seterusnya pada Oktober 2026, yang menawarkan hadiah RM1 juta kepada seorang lagi bakal jutawan," katanya.
Selain Aziz, majlis itu turut meraikan pemenang Cabutan Anggota yang membawa pulang RM100,000 dan pemenang Cabutan Bulanan bernilai RM20,000

Dalam pada itu, Awang Ahmad Khadar Awang Zainal, 40, dari Mukah, Sarawak muncul pemenang tempat pertama Kempen Suara Hati 2026 dan membawa pulang Toyota Fortuner.
Kempen berkenaan turut memberikan hadiah kepada 65 pemenang sagu hati, masing-masing menerima RM500 yang dikreditkan ke Akaun Pelaburan-i Rizq Plus.
Mohd Irwan berkata, Bank Rakyat mahu lebih ramai rakyat Malaysia membina daya tahan kewangan menerusi langkah mudah, konsisten dan patuh Syariah, selaras aspirasi #UntukSemua.
"Komitmen ini mencerminkan makna #UntukSemua yang menjadi aspirasi Bank Rakyat," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via