Photobook Malaysia Ingin Memberikan 'Simple Books' Berharga RM79 Secara Percuma!

Abadikan kenangan anda dalam sebuah buku yang sangat unik!

Photobook menyediakan servis pencetakan gambar untuk anda abadikan kenangan anda dalam bentuk buku

Gambar perkahwinan, detik-detik berharga anda bersama keluarga semuanya boleh dijadikan buku dan disimpan menjadi kenangan yang indah :)

Photobook Malaysia ingin memberikan anda Simple Books berukuran 6"x 6" dan mengandungi 20 keping gambar yang berharga RM79 secara PERCUMA!

Segala kenangan anda kini dapat dilihat dan diingati ibarat membaca buku cerita! Setiap helaian muka surat itu akan mengimbau kenangan manis yang telah anda tempuhi.

Bagaimana hendak menebus hadiah yang menarik ini? Begini caranya:

1. Muat turun aplikasi Photobook di Apple Store atau Google Play Store
2. Lancarkan aplikasi tersebut dan pilih Simple Book (6"x 6")
3. Reka dan susun photobook anda dengan memuat naik sekurang-kurangnya 21 keping gambar termasuk kulit buku (gambar yang berlebihan akan dikenakan caj tambahan)
4. Gunakan kod baucer: SAYS
5. Muat naik projek anda dan siap!

Anda hanya perlu membayar kos penghantaran sahaja :D

Untuk info lanjut, tonton video ini:

Leave a comment