seismik

'Tak Terkoyak Pun. Baby Masih Bergerak-Gerak' - Manusia Makin Kejam, Jual Pil Gugur Online

"Dia denyut-denyut lagi dalam tu. Kantung biarkan je macam tu?"

Cover image via Jat Taa/Facebook

Terbeliak mata kami pagi tadi saat terbaca satu post yang sangat mengejutkan. Sungguh kami tak sangka, perkara keji sebegini sangat berleluasa di laman maya.

Beberapa keping gambar perbualan antara pelanggan dan penjual pil menggugurkan bayi yang dikongsi oleh pegguna laman Facebook, Jat Jaa telah menjadi sangat viral tidak sampai 24 jam.

Sehingga kini, post tersebut telah menerima lebih 6 ribu komen dan lebih 41 ribu perkongsian. Rata-rata orang ramai berasa marah dan geram setelah melihat gambar-gambar perbualan tersebut.

Apa yang membuatkan orang ramai bengang dan berasa jijik dengan perbualan tersebut adalah pelanggan yang menggugurkan janin mereka turut menghantar gambar janin yang telah berjaya digugurkan

Dalam gambar tersebut pelanggan bertanya kepada penjual apa yang perlu dilakukannya kerana janin telah berjaya digugurkan. Ya tuhan, mengucap kami dibuatnya.

Salah satu gambar perbualan yang dikongsikan adalah bertarikh 14 Jun 2015. Ini membuktikan khidmat jual beli pil menggugurkan bayi ni sudah lama berleluasa di alam maya.

Click to Reveal
Hide
Image from Jat Jaa/Facebook
Image via Jat Jaa/Facebook
Click to Reveal
Hide
Image from Jat Jaa/Facebook
Image via Jat Jaa/Facebook

Bermacam-macam perasaan singgah di hati kami begitu juga dengan netizen. Marah, sedih, bengang semuanya bercampur dalam satu rasa. Siapa saja tidak marah kalau melihat perkara terkutuk ini berlaku di depan mata?

Melihat kepada perkara itu, beberapa aktivis sosial terkenal, seperti Wardina Safiyyah dan Syed Azmi turut berkongsi pandangan beliau di laman Facebook

Kata Wardina, "Adik2 sayang kalau lelaki tu sayang kat kita, dia tak sentuh kita sebelum kahwin. No nikah... no touch."

Baca post penuh Syed Azmi di SINI.

Click to Reveal
Hide
Image from Jat Jaa/Facebook
Image via Jat Jaa/Facebook

Bagaimanapun, sesetengah orang ramai menyifatkan gambar yang digunakan dalam perbualan terbabit adalah palsu. Gambar-gambar janin tersebut boleh didapati dengan mudah di internet.

Kami sendiri tidak pasti sama ada gambar tersebut benar atau tidak. Atau mungkin ia hanya 'digunakan 'untuk tujuan testimoni si penjual untuk meraih pelanggan semata-mata.

Apa-apa pun, kami berharap pihak berwajib mengambil tindakan terhadap penjual supaya gejala ini tidak berterusan.

Click to Reveal
Hide
Image from Jat Jaa/Facebook
Image via Jat Jaa/Facebook

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kisah sayu mengenai bayi di SINI:

You may be interested in: