PLKN 3.0 Bakal Libat Lebih 200,000 Pelajar Pada 2027, Bermula Dengan IPTA Dahulu

Difahamkan, pemilihan peserta akan dibuat menerusi dua kaedah iaitu sistem balloting dan penyertaan secara sukarela.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & The Malaysian Reserve

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dijangka memasuki fasa lebih besar pada tahun 2027 apabila lebih 200,000 pelajar dan pelatih bakal terlibat menerusi pelaksanaannya di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta kem latihan di seluruh negara

SAYS.com
Image via VOCKET

Menurut laporan Kosmo!, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, pelaksanaan tahun depan diunjurkan melibatkan 191,126 pelajar di 20 IPTA dan 10,520 pelatih di sembilan lokasi kem, sekali gus melepasi sasaran awal seramai 100,000 peserta.

Beliau berkata, pemilihan peserta akan dibuat menerusi dua kaedah iaitu sistem balloting dan penyertaan secara sukarela.

"Selain itu, kapasiti pengambilan di kem latihan pula tidak termasuk kapasiti tambahan melalui penggunaan kem alternatif seperti Kem MALBATT Village dan Pusat Latihan RELA.

"Bilangan pelatih dijangka akan terus meningkat secara berperingkat selaras dengan ketersediaan dan kesiapsiagaan kem latihan, tenaga pengajar dan infrastruktur,"
katanya.

Pelaksanaan dibuat secara berfasa di IPT

Mengulas lanjut, Adly berkata pelaksanaan PLKN 3.0 di IPT dilaksanakan secara berperingkat menerusi kerjasama antara Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Menurut beliau, kedua-dua kementerian telah memuktamadkan struktur modul latihan yang merangkumi:

  • 30% Modul Kenegaraan
  • 30% Modul Kepimpinan
  • 40% Modul Ketenteraan
SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!Image via

Selain itu, kursus Training of Trainers turut dijalankan bersama JLKN, KPT dan Akademi Kenegaraan Malaysia bagi memastikan pensyarah serta fasilitator mempunyai standard penyampaian yang sama.

"Sebagai langkah pelaksanaan PLKN 3.0 di institusi pengajian tinggi, kerajaan telah memulakan Program Rintis di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 16 Jun melibatkan 996 pelajar.

"Program rintis ini turut dilaksanakan di tiga politeknik iaitu Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah, Politeknik Banting dan Politeknik Seberang Perai melibatkan 4,000 pelajar.

"Ia akan diperluaskan ke tiga kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) mulai Ogos 2026 melibatkan 1,184 pelajar,"
katanya.

IPT swasta belum terlibat buat masa ini

Difahamkan, kerajaan masih memberi keutamaan kepada institusi pendidikan awam sebelum mempertimbangkan pelaksanaan di IPT swasta.

Katanya, beberapa aspek perlu dinilai terlebih dahulu termasuk keberkesanan modul, pencapaian objektif program, maklum balas peserta dan institusi serta kesiapsiagaan prasarana dan tenaga pengajar.

"Sebelum diperluaskan ke IPT swasta, kerajaan perlu menilai keberkesanan modul, pencapaian objektif, maklum balas peserta dan institusi, kesiapsiagaan prasarana serta tenaga pengajar dan keupayaan pelaksanaan secara mampan.

"Buat masa ini, keutamaan diberikan kepada institusi pendidikan awam,"
katanya.

Pelaksanaan secara berfasa ini dijangka menjadi asas kepada peluasan PLKN 3.0 pada masa akan datang, dengan sasaran melibatkan lebih ramai pelajar apabila kemudahan dan kapasiti latihan dipertingkatkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS