seismik

PMC Bawakan 'The Union', Acara Kolaborasi Streetwear Terbesar Sempena Hari Malaysia Ini

Jangan lupa datang ke Tropicana Gardens Mall pada 16 dan 17 September ini.

Cover image via @pestlemortarclothing (Instagram) & @kaijucompany (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita baik buat peminat tegar streetwear tanah air khususnya di Malaysia!

Buat julung-julung kalinya, Pestle & Mortar Clothing (PMC) dengan bangganya mempersembahkan acara kolaborasi 'streetwear' terbesar di Malaysia yang bakal berlangsung selama dua hari hujung minggu ini.

Acara 'The Union' ini mewakili kerjasama dinamik yang melibatkan empat jenama pakaian jalanan Malaysia yang terkenal iaitu PMC, OPT, Stoned & Co, dan Krookz.

Berlangsung pada 16 dan 17 September ini bersempena dengan Hari Malaysia, acara 'The Union' juga adalah untuk menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat melalui bahasa-bahasa universal seperti makanan, muzik, dan fesyen.

Sebanyak 15% daripada hasil jualan koleksi 'The Union' ini akan disumbangkan kepada Teach For Malaysia

Sebagai rekod, Teach For Malaysia merupakan sebuah organisasi bebas bukan untuk keuntungan yang bertujuan membolehkan akses kepada pendidikan berkualiti untuk pelajar yang memerlukan.

Setiap jenama yang terlibat dalam The Union yakin bahawa pendidikan pada peringkat akar umbi adalah faktor utama untuk mendorong perubahan, dan berharap koleksi ini akan terus memberi impak positif kepada pelajar di seluruh Malaysia.

Lima koleksi baju 'The Union' yang ditawarkan ini mempunyai 18 gaya unik yang mengagumkan, setiap satu bukti sinergi kreatif antara PMC dan rakan kerjasamanya.

Berikut di bawah antara koleksi baju 'The Union':

Jangan lupa datang ke Tropicana Gardens Mall pada 16 dan 17 September ini!

Tempat:
Ground Floor Entrance, Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Masa dan tarikh:
12 tengah hari hingga 10 malam (16 September)
10 pagi hingga 10 malam (17 September)

Kemasukan adalah PERCUMA. Anda boleh mendaftar di sini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: