seismik

Lelaki Tak Solat Jumaat Bakal Didenda RM1,000 Atau Penjara 6 Bulan Di Daerah Ini

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi.

Cover image via Harian Metro

Pejabat Agama Islam Kuala Pilah bakal mengambil tindakan tegas kepada umat Islam yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah

Memetik laporan Harian Metro, Pegawai Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Pilah Mohd Raizalani Mohd Rais berkata, denda RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan boleh dikenakan seperti termaktub dalam Seksyen 113 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.

Menurutnya, hebahan surat pekeliling kepada seluruh 68 masjid sudah dikeluarkan pada 4 Januari lalu bagi memberi kesedaran berkenaan kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat

Image via Harian Metro

“Tindakan itu diambil susulan aduan yang diterima daripada kariah di sini yang mendakwa terdapat lelaki Islam yang berada di luar masjid dan berkeliaran di premis perniagaan serta tempat awam ketika solat Jumaat.

Ia dilihat mencemarkan imej agama Islam sendiri selain mencerminkan sikap kurang ambil peduli mengenai hukum,” ujarnya lagi.

Mohd Raizalani berkata, arahan berkenaan adalah kali pertama dikeluarkan pihaknya demi memastikan golongan terbabit hadir ke masjid

“Kita meminta pihak pengurusan masjid di daerah ini membuat hebahan dan edaran kepada ahli kariah semasa solat Jumaat dan menampal pekeliling di papan kenyataan,” katanya lagi.

Untuk mereka yang beragama Islam, sama-samalah kita menjaga solat. Kewajipan sebagai hambaNya perlulah ditunaikan. Peringatan untuk diri sendiri & semua yang membaca.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau kita jaga solat, inshaAllah kejayaan akan mengiringi kita semua. Ini contohnya:

You may be interested in: