Port Dickson & Besut Antara Daerah Di Malaysia Mula Menua Pada 2026

Perubahan struktur penduduk semakin ketara apabila enam daerah dikenal pasti memasuki fasa menua baharu pada 2026 berbanding 2020.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perubahan struktur penduduk semakin ketara apabila enam daerah dikenal pasti memasuki fasa menua baharu pada 2026 berbanding 2020

Berdasarkan laporan Kosmo!, data daripada Anggaran Penduduk Semasa, Daerah Pentadbiran, 2026 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Port Dickson, Negeri Sembilan merekodkan komposisi penduduk berusia 65 tahun ke atas sebanyak 7.3 peratus.

Ia diikuti Besut, Terengganu dan Melaka Tengah, Melaka dengan masing-masing 7.2 peratus, manakala Lipis, Pahang, Kudat dan Keningau, Sabah masing-masing mencatatkan 7.0 peratus.

Dalam pada itu, Sarawak mencatatkan tiga daerah dengan komposisi penduduk berusia 65 tahun ke atas yang tinggi iaitu Lubok Antu (16.2 peratus), Lingga (15.2 peratus) dan Pantu (15.0 peratus).

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Bagi penduduk berumur 60 tahun ke atas, Lubok Antu turut mencatatkan komposisi tinggi sebanyak 23.1 peratus, diikuti Lingga (20.7 peratus) dan Saratok (20.6 peratus)

Sementara itu, Muallim, Perak merekodkan komposisi belia tertinggi iaitu 42.5 peratus, manakala Sebauh, Sarawak mempunyai komposisi penduduk umur bekerja tertinggi sebanyak 79.4 peratus.

Bagi penduduk berumur 0 hingga 14 tahun, Gua Musang, Kelantan mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak 31.8 peratus, diikuti Tumpat (31.2 peratus) dan Lojing (31.0 peratus).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: