Prabowo Akhirnya Minta Maaf Jerebu Rentas Sempadan Masuk Malaysia & Singapura

Kebakaran yang berlarutan hampir empat bulan itu menyebabkan jerebu merentasi sempadan.

Cover ImageCover image via NSTP/ AHMAD UKASYAH & ANTARA

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto akhirnya memohon maaf kepada Malaysia dan Singapura akibat isu jerebu disebabkan kebakaran hutan di Indonesia

Menerusi laporan Berita Harian, permohonan maaf itu disampaikan ketika dalam ucapannya pada sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila, Filipina, semalam.

Menurut kenyataan Biro Akhbar, Media dan Maklumat Sekretariat Presiden Indonesia, Prabowo memberi jaminan pelbagai usaha digerakkan pihaknya bagi menangani kebakaran hutan dan tanah berkenaan.

Bagaimanapun, kebakaran yang berlarutan hampir empat bulan itu menyebabkan jerebu merentasi sempadan sehingga menjejaskan komuniti di Malaysia dan Singapura.

"Kerajaan Indonesia mengamalkan dasar sifar toleransi terhadap syarikat yang terbabit dalam kebakaran hutan dan tanah, selain mengambil tindakan penguatkuasaan termasuk pembatalan konsesi serta prosiding undang-undang.

"Kita sudah membatalkan 17 konsesi syarikat. Sebanyak 26 syarikat sedang disiasat dan 11 sudah didakwa. Sebanyak 23 lagi syarikat dijadualkan didakwa, manakala keseluruhannya 104 syarikat sedang disiasat pasukan polis," katanya.

SAYS.com

Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr menyambut kedatangan Prabowo ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila, Filipina.

Image via AFP

16 anggota terkorban dalam usaha memadam kebakaran hutan

Difahamkan, Indonesia telah menggerakkan 71,000 anggota bagi operasi memadam kebakaran hutan, dengan 16 daripadanya terkorban manakala ramai yang cedera.

Prabowo turut mengakui terdapat keperluan pendekatannya ditambah baik dalam menangani isu berkenaan.

Ia termasuk lebih agresif dalam usaha mencegah kebakaran hutan berbanding hanya menumpukan kepada operasi pemadaman dan mitigasi sebelum ini.

Katanya, sebuah agensi baharu akan ditubuhkan untuk melaksanakan pelbagai program memperkukuhkan usaha pencegahan kebakaran hutan dan tanah di negara itu pada masa hadapan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: