seismik

Projek Kondominium Di Taman Desa Runtuh, Ada Yang Dakwa Ini Bukan Kali Pertama?

Harap tiada nyawa yang terkorban.

Cover image via M Gunasekar / Protect Taman Desa Coalition

Baru sahaja petang tadi, sebahagian projek kondominium di Taman Desa dilapor telah runtuh

Perkara ini telah dilapor oleh laman Facebook EdgeProp Malaysia menerusi sebuah posting yang dimuat naik pada 4.44 petang tadi.

Setakat artikel ini ditulis, posting tersebut telah mendapat 1.8k shares dan hampir 500 komen.

Projek kondominium yang diberi nama The Address ini dibangunkan oleh pemaju Maxim Holdings Sdn Bhd

The Address

Image via Maxim Holdings

Selain The Address, Maxim Holdings membina beberapa kondominium lain di sekitar Lembah Klang antaranya Maxim Citylights dan One Maxim di Sentul, dan Maxim Residences di Cheras.

Projek The Address ini adalah buah tangan terbaru yang dibina oleh mereka untuk warga kota menikmati gaya hidup moden.

Projek ini dikhabarkan telah mendapat bantahan keras daripada persatuan penduduk Taman Desa sejak 2017 lagi

Memetik laporan Malaysiakini, penduduk Taman Desa memaklumkan bahawa tapak pembangunan itu pernah diperuntukkan pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan paru-paru hijau ibu kota negara.

Para penduduk juga telah memfailkan penangguhan kelulusan rancangan pembangunan itu, memaklumkan pihak pemaju kelihatan meneruskan projek tersebut walaupun prosiding semakan kehakiman sedang berlangsung.

Image via malaysiakini

Maninjau pada ruangan komen, ada yang mendakwa bahawa ini bukanlah kali pertama pemaju ini terlibat dalam kemalangan

Setakat 14 Februari 2020 jam 6.30 petang, Maxim Holdings masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung runtuhan tersebut.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: