seismik

'Projek Mangkuk Tingkat' MyResipi Galakkan Amalan Pemakanan Sihat, Rangkum Empat Aspek

Jom sama-sama mulakan pemakanan sihat!

Cover image via MyResipi

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Portal perkongsian resipi Malaysia, iaitu MyResipi telah melancarkan kempen terbaru mereka, 'Projek Mangkuk Tingkat'

Kempen ini merupakan kolaborasi MyResipi bersama WOWSHOP dan Le Nona yang bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya pemakanan lebih sihat dalam kehidupan seharian.

Selain itu, Projek Mangkuk Tingkat turut memperkasa rakyat Malaysia mengurangkan penggunaan pembungkusan pakai buang dan kembali kepada tradisi membawa bekal dari rumah.

Image via MyResipi

Projek Mangkuk Tingkat akan berlangsung selama satu bulan mulai 1 hingga 31 Julai 2024, dengan merangkumi empat video utama

- Amalan gaya hidup sihat
Dengan membawa bekal makanan sendiri, ia dapat mengawal pemakanan individu, selain memastikan hidangan tersebut seimbang dan berkhasiat.

- Menjimatkan duit
Individu yang membawa bekal makanan dari rumah juga dapat menjimatkan duit yang selalunya dihabiskan untuk membeli makanan di luar.

- Menyatukan komuniti
Menerusi 'Projek Mangkuk Tingkat' juga, komuniti boleh berkongsi resipi dan idea bekal makanan untuk dibawa ke tempat kerja.

- Kelestarian alam sekitar
Pengurangan penggunaan plastik pakai buang dapat memberi kesan besar terhadap kelestarian alam sekitar.

MyResipi juga menganjurkan pertandingan 'Projek Mangkuk Tingkat', di mana rakyat Malaysia dijemput untuk berkongsi resipi kegemaran dan foto menarik bekal makanan di ruangan komen video yang dipaparkan di laman Facebook MyResipi

Image via MyResipi

Pemenang mingguan berpeluang untuk memiliki hadiah menarik seperti:

  1. 2x set pinggan makan Italian Bloom: Set pinggan makan elegan, diperbuat daripada kaca opal berkualiti tinggi.
  2. 2x set kuali Jumbo Rose: Kuali serbaguna dengan reka bentuk menarik dan tahan lasak.

Orang ramai hanya perlu mengikuti langkah di bawah untuk menyertai pertandingan ini:

  1. Lawati Facebook MyResipi dan cari hantaran video khusus yang mengumumkan peraduan.
  2. Hias bekal makanan dengan kreatif dan kongsikan gambar di ruangan komen.

Tidak ketinggalan, setiap minggu seorang pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi set misteri bernilai RM1,234!

Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk memenangi set memasak Le Nona dengan menyertai 'Projek Mangkuk Tingkat' MyResipi sekarang! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: