Proton Perkenal Model Baharu S70 RS 2027, Kini Tampil Lebih Sporty Dengan Empat Ekzos

Fuhh, cantik la pula.

Cover ImageCover image via Paultan Automotive

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengeluar kereta nasional, Proton memperkenalkan model baharu 2027 Proton S70 RS yang hadir dengan reka bentuk lebih sporty serta perubahan ketara pada bahagian luaran dan dalaman

Menurut laporan Harian Metro, model berkenaan membawa identiti baharu menerusi lencana RS yang bermaksud Refined Sportiness, selari dengan tema 'Performance with Style'.

Dari segi luaran, S70 RS menerima gril dan bampar hadapan lebih agresif dengan aksen merah, selain skirt badan hitam, rim aloi 17 inci serta angkup brek berwarna merah.

Bahagian belakang pula menampilkan bampar baharu, diffuser dan empat kemasan hujung ekzos yang memberikan imej lebih garang.

SAYS.com
Image via Paultan Automotive

Kabin tampil dengan perubahan baharu

Ruang dalaman turut diberikan nafas baharu menerusi konsep dwiwarna dengan kemasan merah pada papan pemuka, konsol tengah dan tempat duduk.

Antara ciri menarik termasuk konsol tengah terapung, lampu ambien serta pemilih gear automatik yang dipindahkan ke kolum stereng. Model itu juga dilengkapi suis putar dikenali sebagai Commander Dial.

Dari segi prestasi, S70 RS masih menggunakan enjin i-GT 1.5 liter turbo dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan (7-DCT).

SAYS.com
Image via Paultan Automotive
SAYS.com
Image via Paultan Automotive

Gabungan itu membolehkan kereta berkenaan memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 7.5 saat.

Bagaimanapun, harga rasmi model berkenaan masih belum diumumkan.

Proton dijadualkan menampilkan S70 RS menerusi acara pertunjukan fesyen dengan kerjasama pereka fesyen tempatan pada 10 November ini, jam 8 malam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS