Provident Memperkasa Pembiayaan Bertanggungjawab & Kesejahteraan Kewangan Menerusi Kerjasama Industri

Provident anjur sesi panel dan meterai tiga MoU perkukuh pembiayaan bertanggungjawab.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Provident

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Provident Banc Berhad ("Provident") terus memperkukuh komitmennya terhadap pembiayaan bertanggungjawab dan kesejahteraan kewangan menerusi penganjuran sebuah sesi perbincangan panel eksklusif bersama pemimpin industri, di samping memeterai tiga kerjasama strategik bagi memperkukuh ekosistem kewangan negara

Dianjurkan dengan kerjasama Masryef Academy, sebuah firma perunding kewangan Islam dan penasihat Syariah, acara tersebut menghimpunkan barisan pemimpin terkemuka menerusi sesi perbincangan bertajuk "Kos Sara Hidup, Hutang Digital dan Tekanan Kewangan: Peranan Pembiayaan Islam dalam Membina Kestabilan Kewangan."

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengasas Masyi Group of Companies, Yang Berbahagia Datuk Prof. Dr. Haji Mazlan bin Haji Ahmad, seorang tokoh korporat yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam sektor perbankan termasuk pelbagai peranan di Bank Negara Malaysia.

Sesi perbincangan panel meneliti bagaimana peningkatan kos sara hidup, hutang digital, dan kerumitan kewangan mempengaruhi keputusan kewangan isi rumah di Malaysia.

SAYS.com
Image via Provident

Barisan ahli panel yang menjayakan sesi ini merangkumi:

  • En. Nor Shahmir bin Nor Shahid (Pengarah Eksekutif Provident Banc Berhad)
  • Dato' (Dr.) Mustafha Abd Razak (Bendahari Kehormat Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad & mantan Pengarah Urusan Bank Rakyat)
  • Ts. Zairil Anuar bin Ahmad (Ketua Pegawai Teknologi Co-opbank Pertama)
  • Matthew Fernandez (Ketua Pegawai Operasi MicroLEAP PLT)
  • Ms. Nirmala Supramaniam (Ketua Pendidikan Kewangan Isi Rumah AKPK)
  • Mr. Vikraman Kalia Purumal (Ketua Pegawai Eksekutif MARC Data)

Perbincangan tersebut dikendalikan oleh Mr. Peter Yong (dikenali sebagai Mr. Money TV), seorang pendukung literasi kewangan digital. Para panel menekankan bahawa daya tahan kewangan memerlukan pendekatan menyeluruh melalui amalan pembiayaan bertanggungjawab, literasi kewangan yang kukuh, serta kerjasama rapat antara institusi kewangan, badan kawal selia, dan penyedia teknologi.

Tiga kerjasama strategik dimeterai perkukuh lagi pembiayaan bertanggungjawab

Bersempena dengan perbincangan tersebut, Provident turut menandatangani tiga Memorandum Persefahaman (MoU) bersama:

  1. MicroLEAP PLT: Platform pembiayaan rakan setara (peer-to-peer financing) yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi memperluas akses pembiayaan alternatif untuk perniagaan.
  2. Holborn Capital Partners Sdn Bhd: Firma khidmat nasihat kewangan dan pengurusan kekayaan antarabangsa yang menawarkan kepakaran perancangan kewangan dan pelaburan.
  3. Peopleperks International Sdn. Bhd. ("HariWang"): Platform kesejahteraan kewangan pekerja yang mengkhusus dalam kemudahan Akses Gaji Terperoleh (Earned Wage Access).

SAYS.com
Image via Provident
SAYS.com
Image via Provident
SAYS.com
Image via Provident

Mengulas mengenai pendekatan syarikat, Pengarah Eksekutif Provident Banc Berhad, En. Nor Shahmir bin Nor Shahid berkata:

"Di Provident, kami percaya bahawa pembiayaan bertanggungjawab bukan sekadar menyediakan akses kepada dana. Sebaliknya, ia merangkumi usaha memahami keperluan pelanggan, membantu mereka membuat keputusan kewangan yang bermaklumat serta menyediakan penyelesaian pembiayaan yang telus, mudah diakses dan selaras dengan kesejahteraan kewangan jangka panjang mereka.

"Seiring dengan perubahan keperluan kewangan dan jangkaan pengguna, kami kekal komited untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan berteraskan integriti, profesionalisme dan sokongan yang diperibadikan sepanjang perjalanan pembiayaan mereka. Pada masa yang sama, kami menyedari bahawa kesejahteraan kewangan yang bermakna memerlukan kerjasama pelbagai pihak. Justeru, kerjasama dalam ekosistem kewangan akan terus memainkan peranan penting dalam perjalanan kami pada masa hadapan."

Acara berkenaan diakhiri dengan sidang media yang menyaksikan wakil Provident bersama rakan strategiknya berkongsi pandangan mengenai hasil perbincangan panel, kepentingan MoU yang dimeterai, serta aspirasi bersama dalam memperkukuh ekosistem kewangan Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS