seismik

#PRU15: Hari Mengundi Kerusi Parlimen Padang Serai 'Ditunda' Kepada 7 Disember Ini

Penamaan calon bagi PRU kerusi terbabit ditetapkan pada 24 November ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember depan.

Cover image via Sinar Harian

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai, ditunda kepada 7 Disember depan

Calon PH, M Karupaiya meninggal dunia dan pengundian ditangguhkan ke 7 Disember.

Image via Danial Saad/New Straits Times

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, penamaan calon bagi PRU kerusi terbabit ditetapkan pada 24 November ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember depan.

"Tempoh berkempen ditetapkan 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 24 November 2022 (Khamis) sehingga jam 11.59 malam, 6 Disember 2022 (Selasa).

"Urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara secara dalam talian dibuka daripada 18 November 2022 (Jumaat) dan ditutup pada 22 November 2022 (Selasa)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

You may be interested in: