seismik

#PRU15: "Nilai Prestasi Wakil Rakyat, Pilih Pemimpin Yang Cekap & Berkredibiliti" - Johari

Johari disebut-sebut bakal dicalonkan semula oleh Barisan Nasional (BN) di Parlimen Titiwangsa pada PRU15.

Cover image via @joharighani (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengundi dinasihatkan agar bijak menilai dan memilih wakil rakyat yang bakal berkhidmat untuk mereka ketika keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November depan

Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata ini kerana Malaysia memerlukan pemimpin yang cekap dan berkredibiliti untuk mentadbir negara.

Beliau memberi contoh, jika situasi ekonomi yang tidak stabil ketika ini berterusan, negara perlu terus membuat pinjaman dan ia akan menjejaskan kehidupan generasi akan datang.

“Ekonomi negara tidak stabil, dalam empat tahun kebelakangan ini, kita berdepan pelbagai cabaran ekonomi. Hutang meningkat, hasil tidak berkembang, nilai mata wang menyusut dan sumber-sumber kewangan kerajaan untuk membantu rakyat adalah terhad.

“Jika ekonomi kita kekal seperti sekarang, sebarang bantuan lanjut yang perlu diberikan kepada rakyat pada masa depan, negara perlu meminjam dan ini akan memberi kesan kepada kehidupan generasi akan datang,” katanya.

Johari berucap pada majlis penyerahan sumbangan Deepavali kepada penduduk Kampung Pandan dan Flat Taman Maluri, hujung minggu lalu.

Image via Johari Abdul Ghani (Facebook)

Johari mengingatkan pengundi supaya menilai semula prestasi perkhidmatan wakil rakyat mereka

“Walaupun kalah pada PRU14, saya terus berkhidmat kepada penduduk. Jadi pada PRU15 akan datang, pengundi perlu menilai prestasi Ahli Parlimen mereka,” katanya yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa.

Beliau turut menasihatkan penduduk dari golongan B40 supaya memberi perhatian kepada akademik anak-anak kerana hanya pendidikan satu-satunya cara untuk membawa keluarga keluar daripada belenggu kemiskinan.

Johari disebut bakal dicalonkan semula oleh Barisan Nasional (BN) di Parlimen Titiwangsa pada PRU15 nanti.

Parti Amanah Negara (AMANAH) sebelum ini menamakan Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad, penyandang kerusi Parlimen Shah Alam yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan sebagai calon di Titiwangsa.

Seorang lagi calon dikatakan dari Perikatan Nasional (PN), iaitu Ketua Angkatan Anak Muda BERSATU (ARMADA), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bagi menggantikan Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Seri Rina Harun yang menyandang kerusi berkenaan.

Majlis penyerahan sumbangan Deepavali kepada penduduk Kampung Pandan dan Flat Taman Maluri turut dihadiri pemimpin-pemimpin MIC dan HINDRAF Bahagian Titiwangsa.

Image via Johari Abdul Ghani (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: