seismik

#PRU15: Nurul Izzah Tewas Mengejut Di Parlimen Permatang Pauh Kepada Wakil PN

Keputusan mengejutkan itu menyaksikan Nurul Izzah memperoleh 22,918 undi, manakala Muhamad Fawwaz mendapat 28,908 undi.

Cover image via MARK CHEONG/THE STRAITS TIMES

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Calon kerusi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar tewas di kubu kuat keluarganya itu di tangan calon daripada Perikatan Nasional (PN), Muhamad Fawwaz Mohamad Jan

Keputusan mengejutkan itu menyaksikan Nurul Izzah memperoleh 22,918 undi, manakala Muhamad Fawwaz mendapat 28,908 undi.

Ia turut ditandingi calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Mohd Said yang memperoleh 12,695 undi, manakala calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Mohd Nasir Othman hanya mendapat 326 undi.

Image via googleapis.com

Sebagai rekod, Permatang Pauh dilihat sebagai kubu kuat Nurul Izzah, apabila kerusi itu dipertahankan ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bapa, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tahun 2008.

Kedua-dua mereka memenangi kerusi ditandingi pada PRU15, iaitu Anwar di Tambun dan Wan Azizah di Bandar Tun Razak.

Walaupun banyak nama besar tewas pada pilihan raya ini, kekalahan Nurul Izzah tidak dijangka kerana memiliki populariti dan tarikan kepada pengundi muda.

Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang menyifatkan kekalahan Nurul Izzah sebagai amat menyedihkan

Kon Yeow (lima dari kiri) bersama penyokong PH di Pusat Pemantauan PRU15 PH di Pulau Pinang.

Image via Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata, dengan kehilangan kerusi legasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, hasrat PH untuk menang di 11 kerusi juga tersasar.

Selain di Permatang Pauh katanya, PH turut kalah di Kepala Batas dan Tasek Gelugor.

"Kita mempertaruhkan 13 kerusi Parlimen dan menyasarkan menang 11 kerusi. Bagaimanapun, kita hanya menang 10 kerusi selepas Nurul Izzah gagal mempertahankan Permatang Pauh.

"Hasrat kita untuk menang di Kepala Batas dan Tasek Gelugor juga tidak tercapai.

"Maka pada keseluruhannya ada kecacatan pada pencapaian sasaran kita, namun ini keputusan yang sudah dibuat," katanya.

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: