PTTI Cipta Kelainan, Tayang Dokumentari ‘Selekoh Akhir’ Di Pawagam Demi Suntik Motivasi Calon SPM

Langkah proaktif ini digerakkan sebagai usaha berterusan bagi menyuntik inspirasi dan motivasi tinggi kepada calon SPM.

Enlarge text
Cover ImageCover image via PTTI

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pusat tuisyen terkemuka negara, PTTI, terus mengukuhkan kredibilitinya selaku pelopor inovasi pendidikan nasional menerusi penganjuran acara Tayangan Perdana "Selekoh Akhir PTTI – The Untold Story Behind The A's" yang berlangsung di GSC Aurum Theatre, The Exchange TRX baru-baru ini

Langkah proaktif ini digerakkan sebagai usaha berterusan bagi menyuntik inspirasi dan motivasi tinggi kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), terutamanya kelompok pelajar yang ketika ini masih bergelut atau ketinggalan dalam penguasaan akademik mereka.

Tayangan dokumentari eksklusif berkenaan memaparkan kisah sebenar di sebalik tirai yang merangkumi pengorbanan, kecekalan, serta perjuangan murid, ibu bapa dan barisan pendidik PTTI dalam menjayakan Program Selekoh Akhir yang telah melahirkan ribuan graduan sekolah yang cemerlang sejak mula diperkenalkan pada tahun 2019.

SAYS.com
Image via PTTI

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Puan Siti Farhana Abu Osman, atau lebih dikenali dalam ekosistem pendidikan sebagai Cikgu Fana, menjelaskan bahawa penerbitan dokumentari ini bertujuan untuk membuka mata masyarakat umum mengenai proses komprehensif yang berlaku di sebalik rentetan kejayaan luar biasa para pelajar mereka.

Menurut beliau, pasaran melihat hasil akhir berupa keputusan SPM cemerlang yang konsisten dihasilkan oleh PTTI, namun rantaian usaha serta formula kejayaan yang diulang secara sistematik saban tahun jarang diketahui ramai. Rentetan itulah yang mendorong penghasilan karya visual berkenaan sebagai rujukan inspirasi masyarakat.

PTTI turut memperkenalkan barisan tenaga pengajar Program Selekoh Akhir yang menjadi tulang belakang utama pergerakan akademik institusi tersebut

Kesemua tenaga pengajar merupakan pendidik sepenuh masa di PTTI yang telah melepasi fasa latihan intensif serta memiliki portfolio pengalaman mengajar yang luas, termasuk sebahagian guru yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun dalam subjek kritikal seperti Matematik Tambahan manakala majoriti yang lain mempunyai pengalaman melebihi satu dekad.

Profil tenaga pengajar ini turut diperkuatkan oleh individu yang memiliki kelulusan akademik peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, serta Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai disiplin bidang, yang disatukan di bawah satu misi korporat untuk memaksimumkan potensi terbaik setiap pelajar.

Cikgu Fana menambah bahawa Program Selekoh Akhir merupakan pelan persediaan akademik intensif yang berjalan selama tiga bulan terakhir sebelum komponen peperiksaan SPM bermula, yang direka secara khusus untuk menarik keluar pelajar daripada zon gred lemah. Sejak penubuhannya lapan tahun lalu, modul ini terbukti berkesan dalam membantu melonjakkan prestasi gred pelajar daripada paras gagal atau G kepada pencapaian gred A, termasuk melahirkan penerima keputusan straight A.

Konsistensi pencapaian ini turut membolehkan PTTI meraih pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records sebanyak tiga kali sebagai pusat tuisyen yang berjaya melahirkan jumlah pelajar straight A SPM paling ramai di Malaysia.

SAYS.com
Image via PTTI

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Pertumbuhan (CGO) PTTI, Sir Race, menegaskan bahawa penubuhan modul ini bersandarkan kepada falsafah bahawa tiada istilah terlambat untuk seseorang pelajar mengubah masa depan akademik mereka selagi belum melangkah ke dewan peperiksaan.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa dengan sistem bimbingan yang tepat, pelajar yang berada di kedudukan gagal sekalipun mampu meraih keputusan yang cemerlang sekiranya mereka mengambil tindakan strategik bermula dari sekarang.

Acara tayangan perdana tersebut turut diserikan dengan kehadiran barisan personaliti terkenal tanah air termasuk Datuk AC Mizal selaku pengacara, Datin Emylia, MK, Iman, Madammu, Asyraf Khalid, Tya Arifin, serta selebriti remaja Alyssa Dezek yang merupakan alumni Selekoh Akhir 2025 dengan pencapaian 9A dalam SPM.

Bagi orang ramai yang ingin meneliti modul atau melakukan pendaftaran Program Online Selekoh Akhir SPM PTTI, maklumat lengkap boleh diakses secara telus menerusi portal rasmi syarikat di www.ptti.my.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik