PU Riz & Menteri Agama Perkukuh Hubungan Malaysia-Saudi Menerusi Profesionalisme Industri Haji
Rakyat Malaysia digesa merebut peluang besar dalam ekosistem industri haji yang semakin berkembang pesat.
Cover image via Fakulti Pengurusan Haji & Umrah - YEGFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Fakulti Pengurusan Haji dan Umrah (FPHU), yang diuruskan oleh YEG Academy dengan kerjasama Innovative University College, terus mengorak langkah proaktif menerusi Program Melahirkan Profesional Haji dan Umrah 2026 (MPHU 2026)
Inisiatif strategik ini digerakkan bersama pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris (PU Riz), dengan sokongan penuh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.
Kerjasama ini bukan sahaja bertujuan memperkasakan modal insan tempatan, malah berfungsi sebagai jambatan bagi mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.
Dr. Zulkifli Hasan menzahirkan komitmen kerajaan dengan menyantuni pelajar-pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian pengurusan haji dan umrah ketika berada di Tanah Suci bagi musim haji tahun ini.
Kehadiran beliau memberikan pengiktirafan tinggi terhadap usaha akademik yang dijalankan oleh FPHU dalam melahirkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi piawaian antarabangsa.

Persediaan mendepani Visi 2030 Arab Saudi
PU Riz menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu merebut peluang besar dalam ekosistem industri haji yang semakin berkembang pesat. Beliau menekankan kepentingan memiliki kelayakan profesional seperti Diploma dan Ijazah bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan setanding dengan keperluan global.
"Kerajaan Saudi menyasarkan kehadiran 30 juta jemaah menjelang 2030. Persoalannya, adakah kita mempunyai cukup mutawwif profesional untuk membantu jumlah jemaah sebesar itu? Ini adalah antara industri terbesar di dunia dari sudut perniagaan dan perkhidmatan," jelas PU Riz.
Menurut beliau lagi, penglibatan aktif pelajar FPHU dan sokongan padu daripada Kementerian Agama dalam menyantuni Duyufur Rahman (Tetamu Allah) di Tanah Suci sepanjang bulan Zulhijjah ini harus dijadikan inspirasi oleh masyarakat.
Usaha ini membuktikan bahawa Malaysia serius dalam melahirkan generasi profesional yang bukan sahaja berilmu, malah memiliki semangat jati diri yang tinggi dalam berkhidmat kepada ummah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


