Pukul 12 Malam Masih Berniaga, Bapa OKU Sebak Lihat Anak Kecil Setia Ikut Susah Bersama

Anaknya itu tular di media sosial selepas dirakam menolak troli ketika membantu dirinya dan isteri mencari rezeki.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang bapa orang kurang upaya (OKU) tidak dapat menahan rasa sebak apabila melihat anak perempuannya yang baru berusia empat tahun turut membantu keluarga berniaga di pasar malam sehingga lewat malam

Menurut laporan FMT, Zaim Zazami Ibrahim, 42, berkata anaknya itu baru-baru ini tular di media sosial selepas dirakam menolak troli ketika membantu dirinya dan isteri, Kartini Ahmad, mencari rezeki.

Walaupun ramai menganggap tindakan kanak-kanak itu sebagai tanda rajin dan ringan tulang, Zaim mengakui hatinya tersentuh apabila mengenangkan anak kecilnya terpaksa melalui pengalaman berbeza berbanding kanak-kanak lain.

"Paling saya sedih bila tengok dia pukul 12 malam masih di tapak berniaga, sedangkan anak-anak lain sedang tidur," katanya.

SAYS.com
Image via FMT

Zaim mengalami lumpuh separuh badan akibat kecederaan tulang belakang susulan kemalangan jalan raya pada 2006.

Kini, dia bersama isterinya yang juga berusia 42 tahun menjalankan perniagaan dessert di pasar malam TSI Sports Arena Cyberjaya dari Isnin hingga Jumaat serta Lorong Belakang Cyberjaya pada hujung minggu.

Pasangan itu mula beralih kepada perniagaan makanan selepas perniagaan jahitan mereka merosot susulan pandemik COVID-19

Di sebalik cabaran yang dihadapi, mereka menyimpan impian untuk mengembangkan perniagaan, termasuk memiliki dapur pusat dan membuka peluang kepada lebih ramai orang untuk mencari rezeki.

Zaim berharap pengalaman anaknya mengikuti mereka berniaga dapat mendidiknya supaya lebih matang, memahami kehidupan dan menghargai kejayaan apabila dewasa kelak.

"Saya harap bila dia besar nanti, pengalaman ikut kami berniaga ni dapat ajar dia tentang hidup. Mungkin sekarang dia belum faham," katanya lagi.

SAYS.com
Image via FMTImage via

Menurut Zaim, dia mula membina semula keyakinan untuk meneruskan kehidupan selepas bertemu rakan-rakan OKU yang berdepan cabaran lebih besar ketika menjalani latihan di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi pada 2007.

Pertemuan di pusat latihan itu juga menemukan Zaim dengan Kartini sebelum mereka mendirikan rumah tangga pada 2011.

Sementara itu, Kartini berkata perniagaan pemanis mulut mereka menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

"Orang Malaysia memang baik hati. Ramai yang memberi sokongan dengan membeli produk kami malah ada yang infak sejumlah wang dan meminta kami agihkan pada pelanggan yang datang ke reruai kami," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: