Pulau Kecil Di Aceh, Indonesia Tular & Ramai Samakan Dengan Lokasi SpongeBob
Tak sangka ada in real life!
Cover image via @miss_ochie95 (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah pulau kecil di Simeulue, Aceh, Indonesia mencuri perhatian pengguna media sosial kerana bentuk dan pemandangannya yang dikatakan mirip lokasi dalam siri kartun popular, SpongeBob SquarePants

Pulau Anudaiyan Balong itu terletak di luar Pantai Angkeo, Desa Bunon, daerah Teupah Barat.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram oleh akaun @miss_ochie95, pulau berkenaan kelihatan berbatu dan dipenuhi pokok kelapa yang tumbuh menjulang tinggi.
Keunikan landskap pulau itu membuatkan ia kelihatan seperti lokasi dalam dunia animasi SpongeBob SquarePants yang cukup dikenali ramai.
Menariknya, sebuah kedai rakyat turut terletak hanya beberapa meter dari pulau berkenaan, sekali gus menambahkan keunikan pemandangan di kawasan tersebut


Pengunjung juga berpeluang berjalan kaki ke pulau itu ketika air laut surut, menjadikannya lokasi yang mudah dikunjungi pada waktu tertentu.
Keindahan semula jadi dan saiznya yang kecil menjadikan Pulau Anudaiyan Balong antara lokasi yang menarik perhatian pengguna media sosial, khususnya mereka yang gemar meneroka destinasi unik.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


