seismik

[GAMBAR] Pusat Sains Negara Dibuka Semula, Masuk Percuma Hingga Hujung Tahun!

Jom terokai dunia sains!

Cover image via Hendri Bin Helmi

Pusat Sains Negara (PSN) yang sebelum ini ditutup untuk kerja-kerja pembaikan telah dibuka semula untuk orang awam.

Menariknya, masuk adalah PERCUMA sehingga hujung tahun!

Perkara itu telah diumumkan melalui laman web rasmi Pusat Sains Negara dan kelihatan orang ramai berkongsi gambar dan video tempat tersebut melalui media sosial.

Menerusi satu posting daripada seorang pengguna Facebook, Hendri Bin Helmi, dia memberitahu bayaran masuk adalah PERCUMA sehingga 31 Disember 2017 kecuali pameran bertema Survive The Bunker.

Berdasarkan gambar yang dikongsi Hendri, wajah luar Pusat Sains Negara telah berubah dengan corak warna-warni yang tampak lebih segar. Memang WOW! 

Image via Alwi Adam

Untuk makluman, PSN beroperasi pada Sabtu hingga Khamis dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Kaunter jualan tiket pula hanya beroperasi sehingga jam 4.30 petang.

Pelbagai aktiviti menarik dan tarikan yang ada di sini yang mana sangat sesuai untuk seisi keluarga.

Antaranya termasuklah Taman Prasejarah dan taman tema mini yang direka khas di luar kawasan bangunan Pusat Sains Negara. 

Image via Buani Atiqi AR

Posted by Hendri Bin Helmi on Saturday, 4 November 2017

Untuk mereka yang ingin datang ke sini, ini ada beberapa tips yang dikongsi oleh mereka yang telah bertandang ke sana:

1. Bawa air dan makanan kerana kawasan terlalu luas. Jika penat boleh berehat sebentar dan makan dulu sebelum meneroka dunia sains ini semula.

2. Pakai pakaian yang sesuai, sebab kawasan ni agak luas. Penat nak berjalan.

3. Keselamatan anak-anak harus diutamakan.

4. Bawalah baju mandi siap-siap, sebab kalau anak dah nampak kolam kat luar tu, confirm nak terjun!

5. Nursing room ada disediakan di aras bawah dan surau ada di aras 4. Suraunya luas dan selesa.

6. Kawasan sangat sesuai jika ingin bawa stroller.

Image via Haniz Jana
Image via Siti Noorhaniza

Layari Facebook Pusat Sains Negara Kuala Lumpur untuk maklumat lanjut dan lebih banyak gambar dan video!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: