seismik

Pusat Transit Gelandangan KL - 'Syurga' Baru Buat Gelandangan Di Ibu Kota

Usaha yang bagus sekali. Syabas!

Cover image via Empire Project/Facebook

Homeless atau lebih dikenali sebagai gelandangan merupakan golongan masyarakat yang tidak mempunyai rumah, pekerjaan dan hanya tinggal di jalanan

Image via www.wanista.com
Image via www.wanista.com

Sekiranya anda ke ibu kota, pasti suasana begini dapat anda lihat pada sebelah malam. Disebabkan hidup yang melarat, golongan ini tidak mempunyai pilihan selain hanya tidur di kawasan kaki lima, dataran dan kawasan-kawasan awam yang lain. Pada mereka cukuplah sekadar hanya dapat melelapkan mata buat seketika itu pun sudah memadai.

Disebabkan itu, satu inisiatif telah dibuat oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan kerjasama MRCB dalam menyediakan satu pusat yang diberi nama Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL).

Pusat ini juga merupakan arahan daripada YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sendiri semasa beliau membuat tinjauan tehadap golongan gelandangan.

Bangunan tersebut ditubuhkan secara CSR dan sepanjang perancangan dan penubuhan pusat tersebut, KWP turut melibatkan perbincangan bersama Kementerian dan agensi kerajaan lain termasuk agensi di bawah KWP iaitu DBKL, serta melibatkan NGO-NGO yang bekerjasama rapat dengan KWP dalam usaha menangani isu gelandangan.

Pusat ini juga boleh dianggap sebagai one stop center for homeless yang mana boleh memuatkan seramai 250 orang gelandangan. Konsep dan ciri-ciri bangunan adalah hasil gabungan idea dari pelbagai pihak termasuk KWP selaku project owner, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) selaku pemaju projek, agensi-agensi lain sebagai stakeholders serta NGO-NGO yang sudah tentu lebih mengenali golongan gelandangan dan keperluan mereka.

PTGKL dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah sebuah Klinik Bulan Sabit Merah yang disediakan untuk merawat kes-kes kecemasan yang dialami para penghuninya

Bagaimanapun, klinik ini hanya menyediakan rawatan awal saja dan penghuni akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut sekiranya penyakit yang dihidapi mereka tidak juga sembuh. Lagi pula, pusat ini terletak sangat berdekatan dengan hospital tersebut.

PTGKL juga dbahagikan kepada 2 tingkat untuk mengasingkan gelandangan lelaki dan perempuan. Setiap tingkat mempunyai surau lelaki/perempuan dan kemudahan bilik mandi/tandas .

Di sini juga disediakan dewan makan yang luas dan besar dan boleh memuatkan kira-kira 100 orang dalam satu-satu masa

Dewan makan

Image via Empire Project/Facebook

Dewan makan.

Image via Empire Project/Facebook

Tetapi untuk makluman anda semua, konsep dewan makan ini bukan seperti anjung singgah. Di sini mereka tiada tukang masak dan menu tetap harian. Mereka di PTGKL hanya mengharapkan sumbangan dari orang ramai atau NGO yang datang untuk menghulur makanan.

Jadual makanan bantuan orang luar.

Image via Empire Project/Facebook

Malah bilik mencuci pakaian yang dilengkapi dengan mesin basuh moden juga disediakan di sini bagi memastikan para gelandangan sentiasa memakai pakaian yang bersih dan selesa

Bilik cuci.

Image via Empire Project/Facebook

Mesin yang disediakan.

Image via Empire Project/Facebook

Pada masa yang sama, di satu sudut turut kelihatan pakaian percuma yang disumbangkan oleh orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NG0). Jadi buat mereka yang berkeinginan untuk menyumbang pakaian ataupun apa saja jenis bentuk sumbangan sekalipun, anda dialu-alukan untuk bertandang ke sini.

Ruang rak baju sumbangan yang disimpan.

Image via Empire Project/Facebook

Selain itu, pihak RELA telah diamanahkan untuk menjaga kawasan sekeliling dan mengawal para gelandangan di dalam kawasan PTGKL

Ini kerana buat masa ini tiada tapisan yang ketat dikenakan untuk gelandangan masuk dan menumpang. Jadi dengan adanya pihak RELA, serba sedikit dapat memantau dan memastikan segalanya berada dalam keadaan terkawal dan selamat.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan bersama mereka di sini seperti berkaraoke, bacaan yassin beramai-ramai, kelas memasak, program motivasi jati diri, kelas menjahit dan sebagainya. Ini bagi memastikan segala penghuni mendapat input dan faedah yang baik sepanjang berada di sini.

Maklumat lanjut mengenai Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur boleh dirujuk dengan pihak operator yang dilantik KWP di pusat tersebut iaitu pihak Yayasan Kebajikan Negara, pihak urusetia di Bahagian Perancangan Dasar KWP dan laman Facebook Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Facebook: Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Alamat penuh:
Pusat Transit Gelandangan,
Lot 650, Jalan Pahang,
50586 Kuala Lumpur.

Buat semua pihak yang terlibat, tahniah kami ucapkan atas usaha murni ini!

Image via giphy.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hidup sebagai gelandangan bukannya mudah. Sampaikan ada di antara mereka terpaksa 'berumah' di bawah jambatan juga. Baca SINI:

You may be interested in: