Raikan Ramadan Dengan Teh Tarik Kaw & Padu Bersama Jom Teh, Boleh Buat Sendiri Di Rumah!
Bila lagi nak rasa teh tarik mamak yang sebenar? Inilah masanya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Jom Teh.
Bulan Ramadan dan Syawal antara bulan paling dinantikan ramai. Kena kawal kesabaran menahan lapar dan dahaga. Kalau tekak craving sangat teh tarik, mesti anda akan ajak keluarga atau kawan-kawan moreh di kedai mamak bukan?
Maklumlah orang Malaysia memang tak asing lagi dengan teh tarik. Kalau boleh waktu sahur dan berbuka pun nak minum. Raya apatah lagi. Aromanya yang memikat bila diminum. Lagi banyak buih, lagi seronok diminum.
Lepas ini kalau anda nak minum teh tarik sewaktu bulan Ramadan atau Syawal, anda tak perlu lagi keluar rumah.
Kami tahu caranya untuk hasilkan teh tarik yang sedap. Anda boleh buat sendiri di rumah sahaja dan semudah pakai bahan-bahan ini sahaja.
Peminat teh tarik wajib try Jom Teh Teh Tarik, sesedap yang asli!
Kami cadangkan kepada anda cuba minum Jom Teh Teh Tarik. Jenama buatan Malaysia tau. Boleh hidangkan sewaktu sahur, berbuka atau moreh buat seisi keluarga di bulan puasa nanti. Mesti semua orang akan suka!
Halal ke tak? Eh, jangan risau! Jom Teh Teh Tarik telah diiktiraf dan mendapat sijil pengesahan Halal oleh JAKIM. Dijamin selamat untuk diminum!
Apa yang istimewanya tentang Jom Teh Teh Tarik ini sampai ramai orang sukakannya? Mari kami bongkarkan untuk anda!
Dibuat dengan Teh Ceylon Sri Lanka
Oh, patut lah Jom Teh Teh Tarik ini buat ramai Pasti Tertarik! Sesedap Yang Asli! Rupa-rupanya ia dibuat dengan menggunakan Teh Ceylon Sri Lanka. Bukan daun teh biasa-biasa tau!
Untuk pengetahuan anda, Teh Ceylon ialah teh yang dihasilkan di negara pulau Sri Lanka. Tak hairan lah bila minum teh tarik ini, selera anda akan terangkat dengan aroma pekat yang luar biasa. Kaw habis!
Selain itu, Teh Ceylon ni banyak khasiatnya untuk kesihatan. Selain meningkatkan kesihatan usus, ia juga membantu anda mengekalkan fokus yang baik dan jadikan anda lebih relaks.
Tekstur sehalus sutera bersama campuran susu skim
Nak tahu apa yang buatkan Jom Teh Teh Tarik ini jadi pilihan ramai? Gandingan tekstur yang sehalus sutera bersama campuran susu skim akan buat teh tarik anda terasa penuh nikmat. Inilah teh tarik terbaik di bandar!
Tahap kandungan gula yang lebih rendah
Kami ada fakta menarik tentang Jom Teh Teh Tarik. Buat pengetahuan anda, ia mengandungi tahap kandungan gula yang lebih rendah berbanding teh lain. Memang pilihan terbaiklah!
Lebih-lebih lagi, satu paket Jom Teh Teh Tarik mengandungi 30 sachet. Memang berbaloi. Kalau macam ini, sepanjang bulan puasa lah anda dapat minum teh tarik yang sedap dan padu. Fuh!
Lepas ini tak perlu fikir nak minum air apa sewaktu sahur, berbuka atau moreh dah. Minum sahaja Jom Teh Teh Tarik, mesti anda bersemangat punya. Boleh dapatkannya secara online di Shopee dan Lazada tau.
Jom rasai pengalaman di bulan Ramadan yang menarik dan menyeronokkan dengan Jom Teh Teh Tarik. Bila lagi nak rasa teh tarik mamak yang sebenar? Inilah masanya!
Jangan lupa like dan follow Facebook Jom Teh untuk ikuti perkembangan terkini mereka!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!