seismik

"Buat Malu Melayu & Islam!"- Ramai Berang Selepas Raja Bomoh Mengaku Buat Drama Selama Ini

“Drama tersebut dilakukan atas arahan pihak tertentu yang tidak dapat didedahkan dan dilakukan tanpa sebarang bayaran kerana saya ikhlas dan sayangkan Malaysia" - Ibrahim

Cover image via SAYS

Akhirnya Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zain mengaku bahawa beliau selama ini hanya berbohong dan berdrama bagi meraih perhatian orang ramai atas segala ri­tual mengarut yang dilakukannya sebelum ini

“Saya memohon ampun dan maaf kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

“Kini saya tidak lagi mahu dikenali dengan panggilan Raja Bomoh dan menyesali segera perbuatan saya sebelum ini,” katanya pada sidang media di Kompleks Pusat Islam yang dipetik Utusan Online hari ini.

Beliau memberitahu bahawa ada pihak tertentu yang menyuruh beliau melakukan ritual terbabit termasuklah menggunakan teropong buluh, buah kelapa dan juga tembikai

Image via suaraperak.com

“Drama tersebut dilakukan atas arahan pihak tertentu yang tidak dapat didedahkan dan dilakukan tanpa sebarang bayaran kerana saya ikhlas dan sayangkan Malaysia agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

"Semuanya drama, goyang buluh itu, saya bukan nampak apapun. Saya dilatih supaya buat goyang. Ambil buah kelapa macam bom, saya buat tetapi saya tak tahu apa yang saya buat itu salah," katanya.

Turut hadir Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Abdul Aziz Jusoh.

Menurut Abdul Aziz, Ibrahim mengaku bersalah atas segala pertuduhan yang dibacakan kepadanya di bawah Seksyen 7(a), Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 Akta 559 bagi kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Katanya, Raja Bomoh terbabit diperintah untuk berkelakuan baik selama enam bulan berserta bon jamin oleh dua penjamin di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

“Selain itu dia juga diarahkan untuk menjalani kelas akidah dan fardu ain dengan bimbingan Pejabat Mufti serta laporan perkembangan pesalah turut disediakan sepanjang tempoh tersebut.

“Diharapkan hukuman yang diterima dapat memberi pengajaran kepada beliau menyesali dan bertaubat atas semua perbuatannya,” sambungnya lagi.

utusan.com.my

Namun begitu, sesetengah orang ramai yang menerima berita itu masih berasa marah dan melemparkan komen berbaur negatif terhadap Ibrahim

Saksikan video pengakuan beliau di bawah dan kongsikan bersama kami pendapat di ruang komen:

Raja Bomoh Bertaubat Nasuha

Raja Bomoh Bertaubat Nasuha. Beliau mengaku semua tindakannya itu adalah pembohongan atas arahan seorang individu yang tidak boleh didedahkan.More : Sukan Star TV - sstv.my @ Sukan Star TV

Posted by Sukan Star TV - sstv.my on Tuesday, 25 April 2017

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Laporan mengenai beliau sebelum ini:

You may be interested in: