Raja Permaisuri Agong Kini Tweet Dalam Tulisan Jawi. Ajak Semua Orang Buat Perkara Sama!
Wah, Alhamdulillah!
Ingatkah lagi anda dengan surat khabar jawi satu ketika dahulu?
Oleh kerana kurang mendapat sambutan maka surat khabar jawi terpaksa dihentikan percetakannya. Sejak itu, jarang sekali dapat kita lihat tulisan jawi di mana-mana.
Kini, tulisan jawi kembali menjadi perbualan apabila ada cadangan supaya ia dimasukkan dalam silibus pembelajaran pelajar. Tidak banyak, hanya tiga muka surat sahaja di dalam buku teks.
Bagaimanapun, ada yang melahirkan rasa kurang senang dengan cadangan tersebut.
Dalam pada itu, perkara tersebut turut mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang kini menulis dalam tulisan jawi di laman Twitter milik baginda
Bermula 28 Disember lalu, baginda mengumumkan akan menulis sepenuhnya dalam tulisan jawi dalam usaha memartabatkan tulisan tersebut.
Bahasa:
"Mulai hari ini, saya akan menulis dalam jawi dalam Twitter memperkasakan tulisan jawi warisan kita," tulisnya.
Ini pula antara Tweet baginda dalam tulisan jawi
Bahasa:
"Selamat tahun baru kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa , kaum dan berlainan agama. Semoga 2020 diberkati Allah SWT dan dirahmati," tulisnya.
Bahasa:
"Berangan nak jadi ustazah," tulisnya.
Baginda turut mengajak orang ramai khususnya melayu beragama Islam untuk sama-sama memartabatkan tulisan jawi
Bahasa:
"Tulisan jawi itu adalah warisan kita orang melayu Mari kita semua gunakan dan martabatkan tulisan jawi jadi kita semua senang baca," tulisnya.
Susulan itu, ramai juga yang membalas Tweet baginda dalam tulisan jawi. Malah, ada juga yang meminta agar warganet tidak menterjemahkan tulisan jawi itu kepada rumi.
Bahasa:
"Kami menyahut seruan Tuanku, Ampun Tuanku," tulisnya.
Bahasa:
"Sangat setuju dengan Tuanku, Tuanku dah tulis jawi tapi ada pula orang yang komen terjemahan dalam rumi. Jangan komen terjemahan boleh tak?
"Biar mereka belajar jawi kalau nak tahu apa yang Tuanku tulis," tulisnya.
Bahasa:
"Sejak Tuanku permaisuri gunakan tulisan jawi, Alhamdulillah dah pandai sikit-sikit baca. Dulu memang langsung tak bunyi kalau nak baca," tulisnya.
Bahasa:
"Marilah martabatkan tulisan jawi," tulisnya.
Bahasa:
"Bahasa melayu bahasa kebangsaan maka jawi seharusnya warisan kebangsaan," tulisnya.
Sejujurnya, tulisan jawi kini hampir dilupakan khususnya kepada generasi muda. Mungkin dengan usaha begini, mereka akan kembali berminat untuk mempelajarinya!
Apa-apapun, marilah kita memartabatkan tulisan jawi.