Nak Ayu Macam Raja Permaisuri Agong? Tunku Azizah Dedah Produk Kulitnya Yang Mampu Milik!
Sememangnya Tuanku seorang yang sangat bersederhana baik dalam soal fesyen mahupun kecantikan.
Tidak dapat dinafikan ramai yang memuja serta menyenangi Raja Permaisuri Agong yang ke-16 iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Memiliki raut wajah yang manis serta penuh dengan kemesraan di samping kaya dengan sifat keibuan menjadikan Tunku Azizah seorang Raja Permaisuri yang cukup disenangi rakyat jelata bukan sahaja di negeri Pahang bahkan seluruh negara.
Selain dikenali dengan kehandalan memasaknya serta penampilannya yang bertudung litup dan sering berbaju kurung juga mendapat pujian serta menjadi inspirasi rakyat jelata.
Bukan itu sahaja, yang membuatkan Tunku Azizah sangat disayangi rakyat jelata adalah kerana perwatakannya yang bersahaja di samping sikapnya yang gemar berkongsikan perihal kehidupan lebih-lebih lagi di laman Twitter miliknya, @cheminahsayang.
Tuanku memang berjiwa rakyat!
Baru-baru ini Tunku Azizah telah berkongsikan rutin penjagaan kulit wajahnya dengan hanya menggunakan beberapa jenis produk sahaja!
Tunku Azizah sememangnya seorang yang cantik di luar dan di dalam. Bahkan ramai yang memuji kecantikan luar biasa Tunku Azizah.
Menariknya, baru-baru ini menerusi laman Twitter, Tuanku telah berkongsikan produk kecantikan yang menjadi kesukaan baginda. Yang bestnya, baginda menggunakan produk yang sememangnya mampu milik iaitu produk keluaran Nivea, untuk wajah serta bibirnya.
Gambar-gambar produk ini terus menarik perhatian warganet oleh kerana ianya sangat mudah untuk didapati sama ada secara online ataupun di rangkaian farmasi.
Antara komen yang ditinggalkan warganet:
Sememangnya Raja Permaisuri Agong seorang yang sangat bersederhana baik dalam soal fesyen mahupun kecantikan
Menerusi sebuah video daripada Utusan Online, Tunku Azizah berkongsi tentang cara baginda berfesyen dan menjaga kecantikan. Meskipun mampu untuk memiliki pakaian atau barangan daripada jenama terkemuka, namun baginda lebih gemar untuk bersederhana.
“Cukuplah round neck dan straight atau pun baju kurung,” kongsi Tunku Azizah tentang gaya fesyen baginda.
Dalam menjaga kecantikan wajah pula, baginda mengakui jarang bersolek namun masih menjaga kesihatan kulit wajah.
“Saya rasa, sayalah paling malas nak cuci muka. Cukuplah guna pencuci muka serta krim dan jarang pakai alat solek.
“Tuanku tidak suka saya pakai mekap. Jadi saya pun jarang bermekap tetapi saya ada pakai krim dan serum," titah baginda.
Lihat video penuh di bawah: