seismik

"Cutenya!!" - Raja Permaisuri Agong Puji Busana Pengantin Perempuan Ini

Memang manis!

Cover image via Twitter @syafiqazmim

Buat mereka yang mengikuti perkembangan Raja Permaisuri Agong yang ke-16, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pasti perasan gaya baju kurungnya yang amat cantik lagi ekslusif

Image via Astro Awani

Kebanyakan busana Tunku Azizah merupakan hasil rekaan pereka fesyen terkemuka, Rizalman yang telah bekerjasama dengan baginda selama 15 tahun.

Menurut Rizalman, beliau sendiri kagum dengan pemilihan fesyen Tunku Azizah yang disifatkan sebagai ringkas namun mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Image via Google

Dalam mereka busana Tuanku, pereka fesyen itu berkata, "Apabila baginda mengenakan hijab, saya tambah selendang yang menutupi bahagian depan dan rekaan itu saya hanya buat untuknya sahaja."

Image via Malay Mail

Ternyata, baju kurung tradisional disertakan dengan selendang dibahagian hadapan sememangnya menyerlahkan lagi karisma baginda. 

Jika sebelum ini sekumpulan pelajar perempuan sekolah telah menggayakan baju kurung ala Raja Permaisuri Agong, kini viral pula gambar busana pengantin yang mendapat ilham sama

Menerusi laman Twitter, tular gambar sepasangan mempelai yang mana pengantin perempuannya menggayakan busana mirip Raja Permaisuri Agong yang juga merupakan inspirasi mereka.

Menurut pengantin lelaki, dia gembira melihat isterinya itu memakai pakaian yang sopan lagi sejuk mata memandang.

Dalam perkongsian, pengantin lelaki turut mendoakan agar Tuanku sentiasa dilindungi Allah SWT.

Menariknya, Tunku Azizah sendiri memuji pasangan mempelai itu menerusi laman Twitter peribadinya

Dah kalau cantik di mata Tuanku, apatah lagi di mata para netizen. Rata-rata netizen turut sama kagum dengan busana pengantin itu.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Memang cantik berbaju kurung ala Raja Permaisuri Agong!

Baca di bawah biodata penuh Tunku Azizah:

Lagi artikel di SAYS:

You may be interested in: