seismik

Selain Viral Foto Agong Di KFC, Cara Permaisuri Ajak Semua Makan Guna Tangan Pun 'Cute'!

YDPA dan Raja Permaisuri singgah ke premis KFC untuk menikmati santapan tengah hari sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di bandar Temerloh.

Cover image via Instagram @istana_negara

Baru-baru ini viral gambar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah singgah di sebuah premis restoran KFC di Temerloh, Pahang

Gambar-gambar itu telah mencuri tumpuan orang ramai kerana dapat dilihat Baginda tanpa rasa kekok beratur seperti pelanggan-pelanggan lain memesan makanan di kaunter.

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram @istana_negara itu juga, YDP Agong turut dilihat bersama beberapa pegawai pengiring serta Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak, sedang menikmati santapan tengah hari itu sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di bandar Temerloh.

Ternyata, tindakan spontan Baginda turut menarik perhatian pelanggan dan kakitangan restoran berkenaan yang pastinya teruja melihat Al-Sultan Abdullah mengenepikan sedikit protokol pada diri Baginda untuk beratur membeli hidangan di restoran makanan segera itu.

Berdasarkan komen-komen yang ditinggalkan netizen, rata-rata memuji apa yang dilakukan Baginda serta menyifatkan Al Sultan Abdullah sebagai sultan yang berjiwa rakyat.

Sebenarnya, ada kisah lagi cute yang terjadi ketika kejadian itu yang mana YDP Agong dan Raja Permaisuri ajak semua makan ayam goreng KFC pakai tangan!

Menerusi satu status yang di muat naik Datuk Seri Shahaniza Shamsudin di akaun Facebook miliknya, beliau yang bertugas sebagai pengiring keberangkatan Baginda ke Temerloh pada ketika itu menceritakan bagaimana beliau berpeluang menyaksikan sendiri Baginda berdua menjamu hidangan KFC menggunakan tangan.

“Raja Permaisuri menitahkan saya duduk di sebelah Baginda. Perut memang dah lapar, maka ayam goreng di hadapan saya memang nampak sangat menyelerakan.

"Saya menjeling ke sebelah. Saya lihat sudah tersedia sudu garfu untuk kegunaan Tuanku. Dalam hati, tak puas lah nanti makan ayam goreng guna sudu garfu segala.

“Dengan perlahan saya bisik kepada Raja Permaisuri, Tuanku, kalau dapat makan pakai tangan ni baru ‘best’. Seperti yang saya jangka, Tuanku Permaisuri terus setuju (dan bertitah) ‘Jom kita semua makan pakai tangan’,” tulis Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang itu.

Katanya, cadangan itu disambut baik Raja Permaisuri Agong yang mana perkara sama turut dilakukan Al-Sultan Abdullah yang mula bersantap menggunakan tangan.

Katanya, pelbagai perkara dibincangkan ketika di meja santapan yang mana setiap cerita yang dibualkan mengandungi iktibar dan penuh dengan ilmu.

“Selesai santap, YDPA mengucapkan; ‘Alhamdulillah... Lepas hajat saya nak makan KFC. Dah tiga, empat hari teringin’ titah Baginda.

"Pendek kata, hari ini hari yang sangat manis untuk saya. Junjung kasih Tuanku belanja makan KFC,” kata Shahaniza.

Comel betul YDP Agong & Raja Permaisuri kita ini.

Daulat Tuanku!

Image via amazonaws.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: