seismik

Ini Dia Tengku Hassanal, Pewaris Takhta Kesultanan Pahang aka ‘Prince Charming’ Alam Nyata

Tengku Hassanal secara rasminya dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang memandangkan ayahandanya bakal memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari lepas.

Cover image via Google

Anakanda sulung Sultan Pahang Sultan Abdullah iaitu Tengku Hassanal secara rasminya dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang memandangkan ayahandanya bakal memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari ini

Image via Mole.my

Bondanya, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pula secara rasminya dilantik dan dimahsyurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang dalam satu majlis istiadat pemahsyuran yang diadakan di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, pagi tadi.

Dalam majlis yang sama, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Sultan Abdullah yang sebelum ini mendapat gelaran Tengku Panglima Besar Pahang telah dimahsyurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang yang baharu.

Lihat video istiadat pemahsyuran di bawah:

Nama dan gambar Tengku Hassanal mula tular di media sosial dan menjadi perhatian umum selepas ayahandanya, Sultan Abdullah dimahsyurkan sebagai Sultan Pahang keenam, kemudian sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16

Image via Kosmo

Raut wajahnya yang tenang dan senyuman yang tidak lekang di bibir dalam setiap gambar yang dirakamkan, mencuri perhatian netizen. 

Mungkin ramai yang masih belum mengenali Tengku Hassanal dengan lebih baik. Oleh yang demikian, berikut adalah beberapa informasi tentang Tengku Hassanal untuk makluman semua.

1. Tengku Hassanal Ibrahim telah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang

Image via Google

Baginda adalah anakanda kedua kepada pasangan diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Image via Google

2. Baginda memulakan pendidikannya di Pahang sebelum melanjutkan pengajiannya di United Kingdom

Image via Blog WZWH

Pendidikan

  • 2002 - 2005: Sekolah Kebangsaan Saint Thomas, Kuantan, Pahang.
  • 2006 - 2009: Caldiccott Preparatory School, London, United Kingdom.
  • 2009 - 2014: Sherbone School, London, United Kingdom.
  • 2015 - 2018: University Institute- Geneva School Of Diplomacy and International Relations Bachelor of Arts In International Relations.
  • 27 September 2018: Initial Cadet Familiarisation Training Programme, Kem Batu 10, Pekan. 
  • 1 Jan 2019 - 14 Dis 2019: Commisioning Course, Royal Military Academy Sandhurst.
Pada Mei 2018, Tengku Hassanal tamat pengajian dari Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dengan ijazah dalam bidang Hubungan Antarabangsa. Baginda kini sedang melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom selama setahun.

Image via OhBulan
Image via OhBulan

3. Mengikut tradisi Istana Pahang, selaku putera sulung, Tengku Hassanal akan dilantik sebagai Tengku Mahkota Pahang menggantikan ayahandanya

Image via Astro Gempak

Bagaimanapun, oleh kerana Sultan Abdullah diangkat menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16, baginda mungkin melantik majlis khas untuk menjalankan tugas-tugas Pemangku Raja Pahang, susulan ketiadaan Tengku Hassanal yang melanjutkan pengajian di Akademi Ketenteraan Diraja di Sandhurst, United Kingdom, pada ketika ini.

Image via Instagram
Image via Instagram

4. Baginda yang mewarisi sikap ayahanda dan bondanya yang mesra rakyat, kerap kali turun padang untuk aktiviti kemasyarakatan di Pahang

Ibarat kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, Tengku Hassanal juga mewarisi sifat rendah diri dan kesederhanaan Sultan Abdullah apabila juga sering kelihatan sembahyang berjemaah di masjid sekitar Kuantan tanpa sebarang protokol yang ketat.

Katanya asuhan Sultan Abdullah dan Tengku Puan Pahang dalam mendidik Tengku Hassanal dilihat berjaya membentuk keperibadiannya menjadi seorang putera raja berjiwa rakyat sama seperti ayahanda dan nendanya Sultan Ahmad Shah bagi meneruskan kesinambungan prinsip keluarga diraja ini ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada'.

Image via Google

5. Seperti ayahandanya juga, Tengku Hassanal amat meminati bidang sukan

Image via Instagram

Pada 25 Jun 2016, Tengku Hassanal telah mengikuti acara perlawanan amal yang dinamakan The Jerudong Park Polo Trophy bersama HRH Prince William Duke of Cambridge dan HRH Prince Harry di Cirencester Park Polo, England. Turut berangkat sama menyaksikan perlawanan adalah Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain meminati sukan berkuda polo, Tengku Hassanal juga meminati sukan lain seperti ragbi, bola sepak, golf, menembak, dan sukan rakyat.

Image via Google
Image via Google

6. Mengikut susur galur keluarga, Tengku Hassanal merupakan cucunda kepada bekas Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar di sebelah bondanya, Tunku Azizah

Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail bersama cucunda baginda, Tengku Hasannal Ibrahim Alam Shah.

Image via Blog Tengku Syah

Ini menjadikannya anakanda saudara kepada Sultan Johor kini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan sepupu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Lagi gambar-gambar menarik Tengku Hassanal:

Image via Astro Gempak
Image via Astro Gempak
Image via Google

Image via Astro Gempak
Image via Lobak Merah
Image via Lobak Merah

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah baca fakta menarik tentang Sultan Abdullah?

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Leave a comment