[SHARE] Ini 10 Fakta Menarik Tentang Biodata Yang Di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah

Baginda telah dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang ketika berusia 16 tahun, dan pada usia 20 tahun, baginda menjadi Pemangku Raja Pahang.

Sultan Pahang Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah secara rasminya dilantik sebagai Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16

Perkara ini telah diumumkan dalam satu pengumuman selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas di Istana Negara, hari ini, 24 Januari.

Pelantikan tersebut telah dibuat bagi menggantikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang telah meletak jawatan pada Ahad, 6 Januari yang lalu, selepas hanya 2 tahun berkhidmat.

Sultan Abdullah akan berkhidmat secara rasminya sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu untuk tempoh 5 tahun dan akan ditabalkan pada 31 Januari ini, di Istana Negara.

Sultan Abdullah sebelum ini baru sahaja ditabalkan sebagai DYMM Sultan Pahang pada 12 Januari yang lalu bagi menggantikan ayahanda baginda, Sultan Haji Ahmad Shah

Image via Denai Hati

Perkara ini telah diumumkan secara rasmi dalam sidang media di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang menerajui sidang media tersebut menyatakan bahawa keputusan melantik Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang adalah diatas persetujuan Jumaah Pangkuan Negeri, kerana ingin menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah yang kini sedang gering.

Mungkin ramai yang masih belum mengenali Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ini dengan lebih baik. Oleh yang demikian, berikut adalah beberapa informasi tentang Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk makluman semua.

1. Sultan Abdullah telah diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal, Pekan

2. Baginda merupakan paduka putera sulung Sultan Ahmad Shah, Sultan bagi negeri Pahang dan seluruh jajahan takluknya

Baginda ialah paduka anakanda keempat kepada Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Afzan. Hasil perkahwinan itu, Sultan Ahmad Shah telah dikurniakan tujuh orang putera dan puteri manakala perkahwinan baginda dengan Sultanah Hajjah Kalsom pula dikurniakan seorang putera.

Putera dan Puteri Sultan Ahmad Shah bersama Tengku Ampuan Afzan:

  1. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang, Tengku Tan Sri Hajjah Meriam Binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
  2. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Pahang, Hajjah Tengku Dato' Muhaini Binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
  3. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Pahang, Tengku Dato' Hajjah Aishah Binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
  4. Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah 
  5. Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah 
  6. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang, Tengku Dato' Hajjah Nong Fatimah Binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah 

Putera Sultan Ahmad Shah bersama Sultanah Hajjah Kalsom:
  1. Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggung Pahang, Tengku Fahd Mua'adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

Image via Diraja Pahang

3. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara

Setelah berusia 16 tahun dan selepas bergelar Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, baginda telah berangkat ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran di Aldenham School, Hertsfordshire (1975 - 1978) dan kemudian di Devies' College, London (1978 - 1979).

Baginda juga telah menyertai kursus hal-ehwal luar negeri di Queen Elizabeth College, University Oxford, England dan kursus Tatacara Pentadbiran Tanah di Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur selama 2 minggu..

Image via NST

Sejarah pendidikan:

  • Worcester & Queen Elizabeth College (Foreign Affair & Diplomacy) 1981
  • Royal Military Academy, Sandhurst, England 1979-1980
  • Davies College, London – Advance School 1978-1979
  • Aldenham School, Elstree Hertfordshire – Advance School 1975-1978

4. Baginda melanjutkan pelajaran dalam bidang ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst, England

Baginda akhirnya ditauliahkan oleh Ratu British, Queen Elizabeth II sebagai Leftenan Muda dan baginda dilantik sebagai Pegawai Kehormat dalam Kor Kavalry Angkatan Tentera Darat Malaysia dengan menyandang jawatan Kapten.

Pada tahun 1999, baginda ditauliahkan sebagai Pegawai Sukarela berpangkat Leftenan Kolonel dan kemudiannya ke pangkat Brigadier Jeneral, dan menyandang jawatan Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen 505 Askar Wataniah.

Sejarah ketenteraan:

  • Brigadier General, Regiment 505 Voluntary Army 1st April 2004
  • Colonel, Regiment 505 Voluntary Army 1st June 2000
  • Lieutenant Colonel, Regiment 505 Voluntary Army 1st May 1999
  • Captain, Corp Cavalry of Malaysian Army 1980
  • 2nd Lieutenant, Royal Military Academy, Sandhurst, England 1980 (Commissioned by Queen Elizabeth II)

5. Pada 1 Julai 1975, pada usia 16 tahun, baginda telah dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya telah dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan

Pada usia baginda baru sahaja menjangkau 20 tahun, baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979. Baginda yang telah dididik dan dilatih dengan ilmu pengetahuan dan kepimpinan telah dapat menyempurnakan tanggungjawab yang berat dengan sempurna.

Baginda menjadi Pemangku Raja Pahang untuk tempoh lima tahun iaitu selama tempoh ayahanda baginda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-VII pada 25 April 1979.

6. Baginda merupakan seorang yang aktif dalam bidang sukan bahkan telah aktif semenjak kecil lagi dalam sukan hoki dan bola sepak

Atas minat dan kebolehan yang ditunjukkan, baginda telah terpilih untuk mewakili sekolah, daerah dan negeri di dalam permainan bola sepak. Bukan itu sahaja, baginda juga telah memegang pelbagai jawatan di dalam pelbagai pertubuhan sukan.

Image via Bola Daily

  • Bola Sepak
    - President Pahang Football Association (1984 – )
    - Deputy President of Football Association of Malaysia (FAM) (- 2014)
    - President of Football Association of Malaysia (FAM) (2013- 2017)
    - Council Member of ASEAN Football Federation (AFF) (- current)
    - Vice President of Asian Football Confederation (- 2015)
    - Member of FIFA Executive Committee (FIFA) (2015- current)
  • Hoki
    - President of Malaysian Hockey Confederation (MHC) (2008 – 2015)
    - President Asian Hockey Federation (2014 – current)
    - Member of Executive Board of International Federation of Hockey (2012 – current)
  • Polo
    - President of Royal Malaysian Polo Association (RMPA) (- current)
    - President of Royal Pahang Polo Club (RPPC) (- current)
  • Tenis
    - President of Royal Pahang Tennis Club (RPTC)
  • Skuasy
    - President of Pahang Squash Club (PSC)
  • Golf
    - President of Royal Pahang Golf Club (RPGC)

Image via Mole.my

Antara pencapaian baginda termasuklah:

  • Chairman of the Organising Committee of the 1997 FIFA World Youth Championship Malaysia
  • Member of the Organising Committee of 2003 FIFA Confederations Cup, Paris
  • Chairman of the Organising Committee of 2011 FIP Polo World Cup, Malaysia
  • Chairman of Organising Committee of 2012 FIH Congress, Kuala Lumpur
  • Chairman of 2015 AFC Asian Cup Australia

7. Baginda merupakan Canselor bagi 3 universiti di Malaysia

Image via UMP

Jawatan disandang :

  • Canselor, Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Canselor, Universiti Pahang Malaysia (UMP)
  • Canselor, DRB-HICOM University Of Automotive Malaysia

8. Baginda dikurniakan 3 orang putera dan 5 orang puteri di samping mengambil seorang putera angkat

Putera angkat sebelum dikurniakan anakanda kandung:

  1. Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Sulta Abdullah , SIMP.
Putera dan Puteri Sultan Abdullah bersama Tengku Ampuan Pahang:
  1. Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Sultan Abdullah Al-Haj, SSAP.
  2. Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Sultan Abdullah Al-Haj.
  3. Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Sultan Abdullah Al-Haj.
  4. Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Sultan Abdullah Al-Haj.
  5. Yang Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Sultan Abdullah Al-Haj.
Puteri-puteri bersama Cik Puan Julia Rais:
  1. Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan binti Sultan Abdullah Al-Haj.
  2. Yang Mulia Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Sultan Abdullah Al-Haj.
  3. Yang Mulia Tengku Puteri Ilyana binti Sultan Abdullah Al-Haj.

Image via Google

Kesemua putera baginda bersekolah di United Kingdom. Ketiga-tiga puteri Cik Puan Julia Rais kini menetap di United Kingdom. Tengku Abdullah mempunyai seorang anak angkat lelaki dan merupakan anak bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga, Zarina binti Abdullah.

9. Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan puteri ketiga Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar

Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang telah diijabkabulkan pada 6 Mac 1986 di Istana Bukit Serene, kediaman rasmi Sultan Johor.

Perkahwinannya tersebut sebenarnya telah mengulangi sejarah tradisi kesultanan Johor–Pahang yang juga pernah menyaksikan pernikahan moyang Tengku Ampuan Pahang iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar Johor dengan seorang puteri diraja Pahang dan juga pernikahan Almarhum Sultan Mahmud Pahang dengan Tengku Ampuan Mariam, puteri Sultan Abu Bakar Johor.

10. Baginda sentiasa menggalakkan supaya masjid yang telah dibina oleh Kerajaan digunakan dengan sepenuhnya oleh rakyat jelata

Selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, baginda juga tidak ketinggalan dalam menasihati rakyat supaya sentiasa mengimarahkan masjid dengan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan untuk faedah dunia dan akhirat.

Daulat Tuanku!

Image via Blog Best of KL

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment