Permaisuri Agong Terkejut Sekolah Wajib Sampai Darjah 6 Je, Nak Lanjutkan Hingga Umur 17
Seriuslah sekolah wajib sampai darjah 6 je?
Mesti ramai yang masih ingat zaman persekolahan masing-masing kan?
Sebenarnya, zaman persekolahan adalah zaman yang menyeronokkan sebab banyak benda yang kita akan belajar. Masa itulah kenal kawan-kawan seperjuangan, bergaduh bermasam muka dengan rakan, mula bercinta dan macam-macam lagi.
Kalau mereka yang duduk di asrama pula tentu ada lagi banyak memori berbanding dengan mereka yang bersekolah harian. Tapi, pastinya setiap orang ada memori indah masing-masing.
Dalam pada kita mempunyai banyak kenangan di zaman persekolahan, ada juga yang kurang bernasib baik apabila tidak dapat menghabiskan pengajian mereka hingga ke tingkatan 5 dengan bermacam-macam sebab.
Tahukah anda bahawa syarat wajib persekolahan hanyalah setakat darjah enam sahaja?
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi di laman Twitter miliknya pada 4 Disember 2019 mengakui terkejut apabila mengetahui mengenai syarat wajib persekolahan tersebut.
Bahasa:
"Saya ingatkan persekolahan adalah wajib sehingga tingkatan lima dan sangat terkejut apabila mengetahui bahawa sekolah hanya wajib sehingga darjah enam. Jadi saya ingin syorkan kepada kerajaan Malaysia supaya semua rakyat Malaysia diwajibkan bersekolah sehingga tingkatan lima untuk membasmi kemiskinan dan juga menghapuskan perkahwinan bawah umur," tulisnya.
Pada 11 Disember 2019, baginda sekali lagi berkongsi di laman Twitternya mengenai misinya itu
Bahasa:
"Saya masih lagi di dalam misi saya, untuk mewajibkan persekolahan kepada lelaki dan perempuan sehingga tingkatan lima. Semua warganegara Malaysia harus menamatkan 12 tahun persekolahan. Demi masa depan mereka," tulisnya.
Susulan itu, ramai yang memberikan sokongan terhadap misi baginda serta berkongsi pandangan mereka mengenai perkara tersebut
Sementara itu, ada juga yang sempat mencadangkan beberapa isu yang wajar diambil perhatian oleh baginda
Pendidikan sememangnya sangat penting pada masa kini, oleh itu sememangya wajar apa yang Raja Pemaisuri Agong kita cuba ketengahkan. Semoga, misi baginda berjaya!