seismik

Sekolah Ini Bagi Hadiah Motor & Tiket Percutian Kepada Murid Yang Kehadirannya 100%. Wow!

Para pemenang telah dipilih secara rawak menerusi cabutan bertuah dalam Program Ponteng Sifar (Proponsif) 2019.

Cover image via Instagram @blast_channel

Mesti ramai di antara kita yang pernah ponteng sekolah, bukan?

Bila teringat balik, tidak dapat dinafikan zaman persekolahan adalah antara zaman yang paling best dan menyeronokkan pernah kita lalui. 

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via The Asian Parent

Tapi bohonglah kalau ada kalanya rasa malas untuk ke sekolah itu tiba-tiba hadir dalam diri. Mungkin waktu itu memang tiada mood untuk ke sekolah atau mungkin memang betul-betul malas.

Macam penulis sendiri pun pernah sahaja ponteng sekolah. 

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Perak Today

Tapi jangan salah sangka, ya. Penulis akan hubungi ibu atau ayah terlebih dahulu bagi memaklumkan kepada mereka untuk tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut. Selalunya penulis akan kata penulis tidak sihat, walaupun sebenarnya okay sahaja.

Penulis bukan pelajar yang datang sekolah dulu, lepas tu 'fly' dan panjat tembok untuk ponteng sekolah. Penakut lah katakan. Tapi kawan-kawan ada saja yang buat sebegitu. Bila teringat balik, memang antara kenangan zaman persekolahan yang tidak dapat dilupakan.

Tapi jika anda bersekolah di sebuah sekolah di Selangor ini, pasti keinginan untuk ponteng itu kurang.

Ini kerana bagi pelajar yang kehadirannya 100%, ada peluang untuk mendapat hadiah lumayan!

Menerusi laman Twitter, tular gambar beberapa orang pelajar telah diberi hadiah yang ternyata lumayan lagi mewah gara-gara tidak pernah ponteng sekolah.

Sebenarnya ini merupakan inisiatif yang dilakukan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut di mana pihak sekolah akan memberikan ganjaran kepada para pelajar yang mempunyai rekod kehadiran yang baik.

Para pemenang telah dipilih secara rawak menerusi cabutan bertuah dalam Program Ponteng Sifar (Proponsif) 2019.

Menerusi gambar-gambar yang tular itu, dapat dilihat bahawa pemenang tempat ketiga mendapat sebuah televisyen LED, tempat kedua mendapat pakej percutian beserta tiket penerbangan ke Pulau Langkawi manakala tempat pertama membawa pulang sebuah motosikal. Wah!

Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar lain yang turut berjaya mengekalkan rekod kehadiran cemerlang sepanjang tempoh persekolahan akan menerima set peralatan sekolah.

Untuk makluman, hadiah-hadiah tersebut adalah hasil sumbangan yang telah dijayakan oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Susulan dari tularnya tweet tersebut, rata-rata warganet memuji inisiatif yang diambil sekolah berkenaan. Mereka juga turut kagum dengan usaha pihak PIBG dalam mewujudkan program sebegini di samping rela menyumbang dana bagi meraikan kumpulan pelajar berkenaan.

Antara komen menarik dari warganet:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Leave a comment