Macam Jepun, Sekolah Di Ipoh Mula Projek Ternak Ikan Dalam Longkang Bermodalkan RM100 Je!

Idea membela ikan itu selain sebagai terapi minda para pelajar, ianya turut digunakan untuk bahan pembelajaran bagi subjek Sains di samping mampu menjana ekonomi sekolah.

Semua pasti pernah melihat gambar rakyat di negara Jepun yang memelihara ikan di dalam longkang

Masyarakat Jepun telah dididik semenjak dari kecil agar sentiasa berdisplin dan menguatamakan kebersihan dan tidak membuang sampah di merata-rata tempat.

Perkara ini jelas dibuktikan melalui longkang di sesetengah kawasan mereka yang mana airnya sangat jernih dan bersih sehinggakan ikan koi boleh berenang seperti berada di dalam akuarium ataupun di kolam hiasan.

Sebuah sekolah yang terletak di Ipoh, Perak, telah melakar sejarahnya tersendiri dengan memulakan projek ternakan ikan dalam saliran longkang!

Bermodalkan hanya RM100, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinji telah memulakan projek ini dengan membela empat ekor ikan tilapia yang kini telah membiak sehingga bilangannya mencecah 100 ekor.

Image via GPS Bestari

"Kos utama projek ini adalah bagi menyimen dasar longkang sepanjang 25 meter agar air tidak menyerap manakala kita gunakan air paip dan air hujan saja," kata Norehan Salbidi yang merupakan pengetua di sekolah itu.

Image via GPS Bestari

Menurutnya lagi, idea membela ikan itu selain sebagai terapi minda para pelajar, ianya turut digunakan untuk bahan pembelajaran bagi subjek Sains di samping mampu menjana ekonomi sekolah

Image via Front Desk

"Kita telah menjual 30 ekor kepada warga sekolah dengan harga serendah RM1 hingga RM5 seekor dan hasil jualan kita gunakan membeli makanan ikan dan belum bercadang untuk menjualnya secara komersial," katanya kepada Bernama.

Ikan yang diternak ini dijaga sepenuhnya oleh tukang kebun sekolah yang akan memberi makan kepada ikan-ikan tersebut dan akan mencuci longkang itu setiap tiga bulan.

Norehan berkata pihaknya bercadang untuk menternak lebih banyak jenis ikan dan sedang dalam perancangan membela ikan koi tidak lama lagi.

“Sekarang ini, kami dalam proses menaik taraf cara penternakan seperti menggunakan sistem penapisan selain akan membina tangki untuk menakung air bagi ikan-ikan tersebut kerana ketika ini kita hanya menggunakan air hujan,” katanya.

Kejayaan projek itu telah menarik perhatian Ahli Parlimen Ipoh Timor, Wong Kah Woh yang turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 bagi aktiviti Gendang Malaysia

Kah Woh memuji inisiatif dan kreativiti sekolah itu kerana berjaya membawa pembaharuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar

Image via GPS Bestari

"Pelajar dapat belajar sesuatu yang bukan ada dalam buku teks. Idea yang baik ini perlu diteruskan," katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment