seismik

Lihat Cara Guru Ini 'Handle' Pelajar Malas & Suka Tidur Dalam Kelasnya. Memang Kreatif!

Kaedah ini dalam psikologi dinamakan Time Out.

Cover image via Facebook Dima Mazlina Abu Bakar

Guru ataupun cikgu merupakan salah satu pekerjaan yang memerlukan kesabaran dan kecekalan yang tinggi

Menjadi seorang guru itu bukanlah sekadar memberi ilmu pelajaran kepada pelajar-pelajar tetapi secara tidak langsung guru juga terlibat dalam pembentukan sahsiah dan akhlak diri para pelajar.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Sering kali digelar 'ibu bapa kedua' atau 'ibu bapa di sekolah', para guru ditugaskan untuk membimbing dan mendidik pelajar-pelajar mereka menjadi manusia yang berguna apabila mereka dewasa kelak.

Berdepan dengan pelajar bermasalah yang tidak berminat untuk belajar adalah antara cabaran yang terpaksa dihadapi setiap mereka yang bergelar guru. Namun begitu, atas dasar tugas serta minat mengajar itu, setiap guru harus memikirkan cara yang efektif dalam menanam minat untuk belajar dalam diri pelajar-pelajar mereka.

Baru-baru ini seorang guru telah tampil berkongsikan ideanya mengawal pelajar-pelajar yang tidak mahu belajar, suka tidur, dan bercakap dalam kelas

Cikgu Dima Mazlina Abu Bakar yang merupakan seorang guru di SMK Merotai Besar, Tawau, itu telah mewujudkan satu ruangan kecil di dalam kelasnya yang mana ruangan itu adalah khas disediakan kepada pelajar-pelajar yang tidak minat untuk belajar.

Ruangan khas tersebut berfungsi sebagai tempat pengasingan buat mereka. Kaedah ini dalam psikologi dinamakan Time Out.

Secara psikologinya, pelajar-pelajar ini pasti akan berasa segan dan terpinggir apabila duduk di ruangan yang berasingan dengan pelajar-pelajar lain. Hal ini sekali gus boleh mendorong mereka untuk menumpukan perhatian pada sesi pembelajaran.

Baca perkongsian penuh Cikgu Dima di bawah:

Apa khabar semua guru-guru Malaysia?

Hari ini saya ingin kongsikan satu idea bagaimana untuk kawal pelajar yang tidak mahu belajar, tidur dan bercakap waktu kita bercakap.

Memperkenalkan...

Ruang untuk pelajar tidak mahu belajar, ruangan bising dan ruangan untuk pelajar tidur.

Siapa yang tidak mahu belajar dipersilakan untuk "menghuni" ruangan itu sehingga dia insaf.

Jika ada pentadbir mempertikaikan dengan menyebut, cikgu jangan nafikan hak murid nak belajar, jawab sahaja. Tiada siapa menafikan hak mereka untuk belajar sebab cikgu masuk memang untuk mengajar.

Lama sudah saya fikirkan hal ini...

Gambar terakhir, tiada yang tidak belajar.

Selamat mencuba!

Ramai yang memuji idea ini, bahkan ada juga respon dari guru yang menggunakan cara yang sama yang ternyata benar-benar berkesan!

Terima kasih Cikgu Dima yang sudi berkongsi idea ini!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Orang kata pelajar-pelajar yang bermasalah ini selalunya berpunca daripada rumah...

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: