Baru-baru ini, viral di laman sosial Twitter kisah seorang guru di sebuah sekolah pedalaman di negeri Sarawak gigih memasak 32 mini pizza untuk murid-muridnya
Semua ini gara-gara hampir kesemua muridnya tidak pernah merasa memakan pizza sebelum ini. Menurut Cikgu Alia, ini kerana pizza dianggap sebagai makanan yang mahal dalam kalangan kanak-kanak itu.
Cikgu Alia yang sebak pada ketika itu terus mengambil inisiatif dan membuat 32 mini pizza supaya murid-muridnya dapat merasa makanan itu untuk pertama kali!
Ekoran tularnya kisah ini, ramai yang memuji tindakan Cikgu Alia ini terhadap anak-anak muridnya