seismik

[VIDEO] Klip Pendek 'Bye Classmates' Ini Buat Netizen Sebak & Imbas Kenangan Di Sekolah :(

Alahai, rindunya. Rasa macam nak masuk sekolah balik pun ada. :'(

Cover image via Twitter @muammarhrs

Zaman persekolahan merupakan antara waktu di mana kenangan manis tercipta dan sentiasa akan diingati

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Ketika ini, hampir setiap pelajar akan menghabiskan masa mereka di sekolah. Mana tidaknya, di waktu pagi perlu hadiri sekolah rendah, di waktu petang pula perlu hadiri sekolah agama. Malam pula pasti ramai yang ambil kelas tambahan untuk memastikan mereka faham sepenuhnya dengan apa yang dipelajari di sekolah.

Tambahan pula, zaman persekolahan juga membuktikan betapa rapatnya kita dengan rakan-rakan di sekolah. Namun, apa yang menyedihkan adalah setelah selesainya waktu persekolahan buat pelajar tingkatan 5. Lepas habis SPM, semuanya akan pergi mengikut haluan masing-masing.

Sedihnya. :(

Kalau tak percaya, boleh lihat klip video pendek ini yang kian viral di laman Twitter @muammarhrs dengan lebih 12 ribu retweets dan 20 ribu likes setakat ini

Rindu gelak tawa dalam kelas. Bahan kawan perempuan yang nyayi, bila nyayi je group aku mesti “shuhhh ada radio” “ada nyamuk nyayi”. nak bahan satu sama lain. Nak berlakon. Nak kena marah sama sama dalam kelas bi.

Perempuan asyik kena marah dengan cikgu sebab lelaki tak masuk kelas. Geng perempuan jeles dengan group lelaki sebab banyak dapat join event. Nak memakak. Aduh dah la. Lagi 3 hari je, bye.

Video ini mendapat sambutan ramai sehinggakan warganet turut berkongsikan kenangan mereka sewaktu di bangku sekolah

Memang benar, pahit manis yang dikongsi bersama tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.

Ramai juga yang merasakan bahawa video ini begitu menyentuh hati :')

Korang ada tak kenangan masa sekolah? Boleh kongsikan dengan kami di ruangan komen! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: