seismik

Rakaman CCTV Tunjuk Jiran Sebelah Panjat Masuk Rumah, Rupa-Rupanya Buat Benda Lain

Baik sungguh.

Cover image via @Heraloebss (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang banyak kes jenayah kita boleh lihat berlaku di sekeliling kita

Sudah tentu perkara ini amat merisaukan dan membahayakan nyawa kita sendiri. Penjenayah ini kadangkala datang tanpa dijangka dan tidak kira dimana tempat tambahan lagi jika tiada orang di rumah.

Disebabkan itu, ramai yang kini memilih untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) betul tak? Iyalah, sebagai langkah berhati-hati jika ada apa-apa yang berlaku.

Namun, lain pula dengan rakaman CCTV ini apabila pemilik rumah hairan melihat jirannya tiba-tiba memanjat masuk rumahnya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Rupa-rupanya nak tolong alihkan kain jemuran

Menerusi video tersebut, kelihatan rakaman CCTV menunjukkan situasi di mana jiran sebelahnya yang memanjat memasuki rumahnya.

Pada awalnya, dia ingat jirannya itu mahu melakukan sesuatu yang buruk, tetapi rupa-rupanya dia hanyalah ingin menolong mengalihkan kain jemuran.

Hal itu kerana semasa itu hujan mula turun, jadi jirannya itu dengan pantas memanjat dan mengalihkan kain-kain itu ke tempat yang teduh.

"Kemungkinan besar itu saudaranya sendiri. Atau paling tidak sudah seperti saudara sendiri" - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan pelbagai reaksi dan berkongsi pandangan mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 630.7K views, 3,255 retweets dan 13.6K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Plot twist betul, rupa-rupanya nak tolong je :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: