Rakyat Malaysia Memandu Ke Thailand Dinasihat Ada Perlindungan Insurans Pihak Ketiga

Difahamkan, perkara itu adalah penting sekiranya berlaku kemalangan jalan raya di negara itu.

Cover ImageCover image via Bernama & Buletin TV3

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rakyat Malaysia memandu kenderaan sendiri ke Thailand disaran mendapatkan perlindungan insurans mencukupi, termasuk yang meliputi pampasan pihak ketiga

Menerusi laporan Bernama, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata perlindungan itu penting terutama jika kemalangan didapati berpunca daripada pemandu warga Malaysia sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian, yang boleh melibatkan tuntutan pampasan dalam jumlah besar.

"Kebiasaannya selain hukuman kepada pesalah, terdapat juga elemen yang rakyat Malaysia perlu membayar ganti rugi kepada (mangsa) tercedera atau meninggal dunia akibat kemalangan tersebut.

"Wang pampasan atau ganti rugi ini bukan satu jumlah yang kecil. Oleh itu, kalau ada insurans mencukupi, insurans itu boleh menanggung juga wang pampasan," katanya.

SAYS.com

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi (tengah).

Image via BernamaImage via

Berlaku kes rakyat Malaysia menghadapi isu kewangan selepas terlibat dalam kemalangan di Thailand

Ahmad Fahmi mendedahkan pihaknya mendapati terdapat kes membabitkan pemandu Malaysia yang mengalami kesukaran menyediakan wang mencukupi untuk membayar pampasan kepada mangsa kemalangan di Thailand kerana perlindungan insurans dimiliki hanya meliputi kos rawatan di hospital.

Beliau turut menasihati rakyat Malaysia yang berkunjung ke Thailand supaya mendapatkan perlindungan insurans yang turut meliputi kerosakan kenderaan akibat bencana.

Ahmad Fahmi juga menyarankan rakyat Malaysia untuk tidak melakukan perjalanan pada waktu malam, terutama di kawasan berisiko seperti Pattani, Yala dan Narathiwat susulan insiden keselamatan di tiga wilayah selatan Thailand berkenaan.

Beliau menyeru pengguna untuk menggunakan aplikasi Apple Maps atau Google Maps bagi perjalanan ke destinasi di selatan Thailand kerana dianggap lebih selamat berbanding Waze yang berkemungkinan mencadangkan laluan pintas melalui kawasan kampung atau berbukit.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: