SABAH QUAKE: Rakyat Marah Warisan Agung Sabah Dihina Dan Dicemar Oleh Pendatang Bogel
Sebagai pelawat, kita sememangnya perlu menghormati budaya dan adat resam sesuatu kaum di sesebuah tempat. Jangan sesekali mencemarnya dengan kelakuan tidak senonoh.
[TERKINI] Tahukah Anda Emil Kaminski Sebenarnya Langsung Tak Datang Sabah?
Ya, benar! Rasanya seluruh rakyat Malaysia, malah satu dunia telah tertipu dengan helah yang digunakan Emil.
Dalam video terbarunya di Monkeetime, Emil menerangkan betapa mudahnya beliau menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia melalui beberapa posting di Facebook. Segala yang dimuat naik itu dibuat semata-mata untuk melihat reaksi orang ramai terhadapnya. Lebih menarik, semuanya tidak benar!
Daripada gambar beliau bersama sekumpulan pelancong yang bogel di atas puncak Gunung Kinabalu beserta kapsyen 'Mount Kinabalu. Time of my life', ke gambar beliau pekan Tawau yang menunjukkan seolah-olah beliau berada di situ, segalanya hanyalah palsu.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Joseph Pairin Kitingan menyifatkan gempa bumi yang melanda Sabah adalah berikutan daripada perbuatan sekumpulan pelancong asing yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu
“Sepatutnya mendaki gunung tersebut menjadi sesuatu yang menyeronokkan dan tiada orang perlu melakukan sebarang perkara yang bertentangan dengan budaya kami. Setiap individu mungkin mempunyai kepercayaan dan pandangan sendiri, tetapi Gunung Kinabalu merupakan tempat suci bagi rakyat Sabah," kata Pairin.
theborneopost.comKetua Imam puak Bobolian, Tindarama Aman Sirom turut bersetuju dan berkata tindakan mereka itu telah menimbulkan kemarahan roh-roh dan pelindung gunung, dan mereka seharusnya dihukum dengan memberi 10 ekor kerbau
“Menurut kepercayaan tempatan, semangat gunung sangat marah dengan perbuatan yang kurang bermoral itu. Pelancong yang menimbulkan kemarahan penjaga gunung itu perlu bertanggungjawab atas kesilapan mereka dengan memberi sogit (hukuman atau denda kaum Kadazan Dusun)."
"Mereka seharusnya dikenakan denda dengan memberi sepuluh ekor kerbau sama ada jantan atau betina,” kata Tindarama.
Menurut sumber, salah seorang yang dipercayai terlibat dalam aksi bogel tersebut adalah Emil Kaminski. Akaun Facebook Emil dikatakan telah ditemui atas hasil carian orang ramai di laman sosial tersebut.
Emil bagaimanapun langsung tidak gentar dan terus bertindak biadap. Dalam posting terbarunya semalam, Emil sempat mengutuk bandar Tawau dan penduduknya yang dikatakan bodoh serta tidak mempunyai akses Internet.
Sementara Itu, Emil juga dipercayai mempunyai rancangan TV persendirian di YouTube yang diberi nama Monkeetime. Rancangan ini banyak berkisar tentang pengembaraan beliau ke merata-rata tempat di seluruh dunia.
Sama seperti akaun Emil, Monkeetime juga tidak melepaskan peluang menyelar, mempersoal, dan mentertawa "kewarasan" menteri-menteri dan penduduk Sabah yang mengaitkan insiden gempa bumi itu dengan aksinya berbogel di atas puncak gunung
Monkeetime juga sempat menerbitkan video terbaru berjudul Trolling Malaysia untuk terus mengutuk dan mempersenda rakyat Malaysia. Beliau jelas sekali langsung tidak takut kepada segala ugutan dan kecaman yang diterima. VIDEO PENUH:
Penghinaan demi penghinaan yang dilakukan oleh Emil (dan Monkeetime) seolah-olah seperti sengaja mahu menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia. Dan ternyata, usaha beliau memang membuahkan hasil.
Seorang netizen turut bersetuju bahawa gempa bumi di Sabah terjadi disebabkan upacara bogel yang dilakukan para pelancong itu di atas Gunung Kinabalu. Beliau menganggap tidak ada sebab lain yang lebih kukuh.
Meskipun begitu, tidak semua pihak yang percaya kepada dakwaan berkenaan
Rakyat Sabah tidak meminta banyak. Cukuplah sekadar menzahirkan rasa hormat terhadap gunung agung yang dipelihara sejak turun temurun. Mereka sangat terkesan dengan apa-apa kelakuan tidak senonoh yang mencemar kesucian Gunung Kinabalu.
Farhana Abdul Fatah, seorang pensyarah berketurunan Dusun berasa sangat tersinggung dan sedih dengan apa yang telah berlaku. Menurutnya, warisan nenek moyang penduduk Sabah telah diludah, dihina, dipijak, dan kini cacat buat selama-lamanya.
Sementara itu, hasil carian orang ramai di Internet juga telah menemukan screenshot pas masuk AirAsia milik Emil Kaminski yang dijadual akan tiba di Kuala Lumpur dari Tawau pada esok hari (Rabu, 10 Jun 2015) jam 12.55 tengahari
Jadi, adakah wajah ini bakal diserbu di KLIA? Atau adakah beliau akan ditangkap oleh pihak berkuasa sebaik tiba di Kuala Lumpur?