Ramai Cadang Anugerah Khas Buat Pak Su Tomoi, Setia Hadir RXZ Members Dari Edisi 1.0

Pak Su difahamkan sanggup menunggang motosikalnya dari Kedah ke Terengganu setiap tahun semata-mata untuk memeriahkan acara tersebut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @99xproject (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau sebut perhimpunan RXZ Members, mesti ada beberapa wajah yang dah jadi 'legend' dalam kalangan peserta

Salah seorang yang paling mencuri perhatian tahun ini ialah seorang penunggang dikenali sebagai Pak Su Tomoi.

Selepas kisahnya tular di media sosial, ramai peminat RXZ mula menggesa pihak penganjur memberikan anugerah khas kepada Pak Su kerana dikatakan tidak pernah gagal menghadiri perhimpunan RXZ Members sejak edisi pertama lagi.

Lebih mengagumkan, Pak Su difahamkan sanggup menunggang motosikalnya dari Kedah ke Terengganu setiap tahun semata-mata untuk memeriahkan acara tersebut.

SAYS.com
Image via @99xproject (TikTok)

Malah, ada warga Terengganu mengakui kehadiran Pak Su sudah menjadi antara perkara yang dinantikan setiap kali berlangsungnya RXZ Members

"Insan yang selalu dinantikan setiap tahun di Terengganu. Semoga Allah permudahkan segala urusan Pak Su Tomoi," tulis seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi netizen berkata Pak Su merupakan antara peserta paling setia kerana hadir tanpa gagal dari RXZ Members 1.0 sehingga 8.0.

Dalam masa sama, ramai turut mencadangkan agar penganjur menghargai pengorbanannya dengan hadiah istimewa, sama ada dalam bentuk wang tunai mahupun cenderahati.

Bukan itu saja, gaya tunggangan Pak Su turut menerima pujian kerana sentiasa berhemah dan tidak melakukan aksi berbahaya di jalan raya.

SAYS.com
Image via @99xproject (TikTok)Image via

"Otai macam ni patut dijadikan contoh. Tunggang santai, selamat dan sampai ke destinasi," kata seorang netizen.

Sebelum ini, penganjur RXZ Members 8.0 turut mengumumkan slogan ikonik "Yang Kental, Pasti Sampai" digantikan dengan "Yang Santai, Pasti Sampai" sebagai usaha memupuk budaya tunggangan yang lebih selamat dalam kalangan peserta.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS