Ramai Dah Mula Rancang Long Holiday Bulan Ogos Ini – “Cuti 10 Hari Tapi Guna 4 Hari AL Je”
Apa-apa pun rancang percutian korang betul-betul, jangan clash dengan office mate pula.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bulan Ogos bakal menjadi antara bulan paling dinanti oleh ramai pekerja apabila wujud peluang untuk menikmati cuti sehingga 10 hari berturut-turut hanya dengan mengambil empat hari cuti tahunan (annual leave)
Perkara itu menjadi perhatian ramai selepas seorang pengguna Threads berkongsi cadangan susunan cuti yang menggabungkan cuti hujung minggu, Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW dan Hari Kebangsaan.
Menerusi perkongsian tersebut, pekerja hanya perlu mengambil cuti pada 26 hingga 29 Ogos untuk menikmati cuti panjang bermula 22 Ogos hingga 31 Ogos.
Ini kerana 25 Ogos merupakan cuti umum sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, manakala 31 Ogos pula ialah Hari Kebangsaan yang jatuh sejurus selepas hujung minggu.
Dengan susunan ini, orang ramai boleh bercuti lebih lama tanpa perlu menggunakan terlalu banyak baki cuti tahunan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Dania Hamdan (Seismik)Di ruangan komen, ramai yang mengakui sudah pun membuat perancangan, malah ada yang memaklumkan permohonan cuti mereka telah diluluskan
"Cuti saya pun dah diluluskan, memang mantap. Aku akan rehat sepuas hati," tulis seorang pengguna.
Seorang lagi berkata peluang cuti panjang itu akan dimanfaatkan untuk meluangkan masa bersama keluarga.
"Alhamdulillah, bolehlah jalan-jalan bawa keluarga kalau cuti 10 hari macam ni. Tenang je rasa," katanya.
Nampaknya, kalau masih ada baki annual leave, inilah masa terbaik untuk menggunakannya. Tapi kalau nak ikut 'port' orang ramai ini, jangan tunggu lama sangat kerana kebiasaannya tempahan hotel, tiket penerbangan dan destinasi pelancongan sudah mula penuh apabila musim cuti panjang semakin hampir.
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via